Harian Metro

Mangsa pertama gunung berapi Kilauea

-

Hawaii: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada kakinya selepas terkena percikan lahar, sekali gus menjadi mangsa pertama yang cedera akibat letusan gunung berapi Kilauea.

“Mangsa yang tinggal di Noni Farms Road duduk di balkoni di tingkat tiga rumahnya sebelum terkena percikan lahar.

“Percikan lahar itu terkena tulang keringnya dan ia menyebabka­n beberapa bahagian kaki lelaki berkenaan patah,” kata jurucakap pejabat datuk bandar Hawaii, Janet Snyder.

Tambahnya, percikan lahar boleh menjadi seberat peti sejuk, malah serpihan kecil boleh membunuh manusia.

Sementara itu, penduduk di pulau berkenaan kini diancam wap berasid apabila aliran lahar yang bercampur partikel kaca dan gas beracun yang sampai ke Lautan Pasifik.

Pihak berkuasa berkata, ancaman baru itu berlaku ketika aliran lahar dari gunung berapi merentas Lebuh Raya 137 di pantai selatan Pulau Besar Hawaii lewat kelmarin, sebelum mengalir ke laut.

Jabatan Pertahanan Awam Hawaii dalam satu kenyataan berkata, campuran letusan lahar yang mencecah sehingga 1,093 darjah Celsius dan air laut mampu menghasilk­an ‘laze’ campuran asid hidroklori­k, wap dan partikel gunung berapi.

“Berhati-hati dengan bahaya ‘laze’ dan jauhi sebarang kepulan (asap) di laut,” kata agensi itu memberi amaran, potensi bahaya termasuk kerosakan paru-paru.

Pusat

Tinjauan

Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, ‘laze’, gabungan lahar dan jerebu, menyebabka­n dua maut pada 2000 apabila aliran lahar sampai ke pantai, malah sedikit pun boleh merengsaka­n mata dan paru-paru serta menyukarka­n seseorang bernafas.

Menurut agensi itu, hujan asid yang terhasil daripada ‘laze’ dengan bacaan pH antara 1.5 dan 3.5, memiliki sifat menghakis seperti asid bateri. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam pada Sabtu lalu menunjukka­n aliran lahar daripada gunung berapi Kilauea. - AFP
GAMBAR yang dirakam pada Sabtu lalu menunjukka­n aliran lahar daripada gunung berapi Kilauea. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia