Harian Metro

Skuad wanita harap keajaiban

-

Bangkok: Hanya keajaiban mampu membawa Malaysia ke suku akhir Piala Uber, selepas skuad wanita negara tewas 3-2 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D malam tadi.

Malaysia yang mengambil risiko dengan memecahkan gandingan asal beregu wanita, sedar kemenangan ke atas Indonesia akan menjamin tempat ke kelompok lapan terakhir.

Walaupun tewas, kapten pasukan Vivian Hoo mengakui ia adalah langkah yang perlu diambil, dan tidak mencetus kekesalan dalam kalangan pemain dan jurulatih.

“Kami terpaksa melakukann­ya (memecahkan gandingan). Ia dipersetuj­ui semua, jadi tidak ada kekesalan,” kata Vivian yang bersama gandingann­ya, Chow Mei Kuan tewas 24-22, 20-22, 21-12 di tangan beregu nombor 11 dunia, Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dalam perlawanan kedua beregu.

“Sebelum turun untuk pertemuan ini, kami sedar kami perlu memecahkan gandingan beregu wanita kerana ia cara terbaik untuk memenangi perlawanan penting ini. Malangnya kami hilang fokus dan tewas dalam perlawanan ketiga.”

Beregu pertama Goh Yea Ching-Lee Meng Yean turut tewas 21-13, 21-14 kepada gandingan nombor enam Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

“Saya percaya kami sudah memberikan yang terbaik, malangnya ia tidak cukup bagus. Kami tidak boleh meratapi kekalahan ini kerana peluang untuk layak masih ada. Kami tidak boleh berputus asa kerana tidak ada apa yang mustahil,” katanya.

Malaysia kini perlu menewaskan juara 14 kali, China yang juga hadir sebagai juara bertahan pada perlawanan kedua hari ini.

Pada pertemuan hari ini, perseorang­an utama negara Soniia Cheah bermula baik dengan bangkit daripada ketinggala­n set pertama untuk mengejutka­n Fitriani Fitriani 10-21, 21-17, 21-14.

Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei bagaimanap­un, gagal meneruskan rentak dalam perlawanan perseorang­an kedua apabila tewas 22-20, 21-16 kepada Gregoria Mariska Tunjung.

S Kisona yang membuat penampilan sulung di Piala Uber, memenangi perlawanan terakhir, 21-23, 23-21, 21-13 ke atas Ruselli Hartawan.

Kumpulan D menampilka­n China, Indonesia, Malaysia dan Perancis.

Kami terpaksa melakukann­ya (memecahkan gandingan). Ia dipersetuj­ui

semua

Vivian Hoo

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia