Harian Metro

Kemenangan jadi tonik bertemu Denmark

-

Bangkok: Kebangkita­n yang ditunjukka­n pasangan negara, V Shem-Tan Wee Kiong ketika menundukka­n pasangan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov sudah tentu akan menjadi motivasi menjelang aksi Kumpulan D Piala Thomas bertemu Denmark, esok.

Malaysia meraih kemenangan 5-0 ke atas Russia pada aksi pembukaan hari ini, dengan V Shem-Wee Kiong menghadiah­kan mata kedua buat negara menerusi kemenangan 21-18, 21-19 ke atas bekas juara Seluruh England itu.

Bagaimanap­un, kebangkita­n yang ditunjukka­n pasangan itu pada set kedua mendapat pujian daripada kem Malaysia termasukla­h pengurus pasukan, Ng Chin Chai.

Selepas meraih kemenangan pada set pertama, perlawanan dilihat seolah akan diheret pada set penentuan apabila pasangan di ranking ke-10 dunia itu mendahului 11-6.

Meskipun ketinggala­n, V Shem-Wee Kiong kekal tenang dan bangkit mengutip mata demi mata sebelum menamatkan perlawanan dalam tempoh 34 minit pada aksi yang berlangsun­g di IMPACT Arena itu.

“Kemenangan itu begitu penting kerana ia akan menjadi motivasi kepada pasukan dan kepada mereka (V Shem-Wee Kiong). Pasangan pertama Russia itu adalah juara Seluruh England pada 2016 dan mereka sentiasa menjadi ancaman kepada pasangan ternama di dunia.

“Malah, saya menyatakan bahawa ia seharusnya menjadi perangsang kepada V Shem-Wee Kiong kerana apabila ketinggala­n pada set kedua, kekuatan mental mereka masih kuat untuk bangkit memenangi perlawanan dan itu cukup bagus,” kata Chin Chai yang menjelaska­n Malaysia sudah mengesahka­n tempat ke suku akhir.

Dengan aksi menentang Algeria yang dilihat pasti menang, Malaysia kini perlu mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Denmark untuk muncul selaku juara kumpulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran mara ke separuh akhir Piala Thomas dan suku akhir kepada skuad Piala Uber.

Kali terakhir Malaysia mara ke pentas akhir Piala Thomas pada edisi 2014 di New Delhi dan kali terakhir negara memenangi trofi itu adalah 26 tahun lalu di Kuala Lumpur.

 ??  ?? V Shem (belakang) bersama Wee Kiong.
V Shem (belakang) bersama Wee Kiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia