Harian Metro

Anugerah Penjaga Gol Terbaik ubat duka

-

Penjaga gol, Farah Ayuni Yahya tampil mengubat luka skuad hoki wanita negara yang sekadar menduduki tangga keempat Piala Juara-Juara Asia, kelmarin apabila dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan.

Ia adalah pengiktira­fan kedua berturut-turut baginya selepas dianugerah­kan gelaran sama di kejohanan serupa yang berlangsun­g di Singapura dua tahun lalu walaupun Malaysia menamatkan saingan di kedudukan terakhir ketika itu.

Farah menjadi antara nadi kebangkita­n skuad hoki wanita negara dan menjadi tumpuan ramai apabila menghalang pemain lawan menjaringk­an gol ketika menang 2-1 ke atas Itali sekali gus membolehka­n Malaysia mengiringi Ireland ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Malaysia dan Itali terikat 2-2 dan ketika penentuan penalti kalah mati, Farah tampil menyelamat­kan cubaan lawan dan ia adalah kejayaan pertama skuad negara ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Skuad kendalian jurulatih, Dharmaraj itu akan menguji kebolehan di Sukan Asia, Jakarta dan Farah pasti disenaraik­an.

Setakat ini, Persekutua­n Hoki Asia (AHF) masih belum mengeluark­an jadual perlawanan tetapi sepuluh pasukan akan dipecahkan kepada dua kumpulan di temasya terbesar Asia itu nanti.

Sepuluh pasukan berkenaan ialah tuan rumah, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Jepun,

China, India, Thailand,

Hong Kong, Taiwan dan Kazahkstan.

Malaysia sepatutnya tidak berdepan masalah jika ditemukan dengan Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Kazakhstan - berdasarka­n kepada persembaha­n yang dipamerkan di Piala Juara-Juara Asia.

Misi di Jakarta nanti ialah gangsa yang kali terakhir dimenangi di temasya 1982 di New Delhi.

 ??  ?? FARAH Ayuni
FARAH Ayuni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia