Harian Metro

Malaysia tetap anjur Final Siri Hoki Dunia

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Grand Prix (GP) Motosikal Perancis kelmarin menyaksika­n isyarat kembalinya semula Hafizh Syahrin Abdullah serta permulaan baik untuk bekas bintang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Hafizh kembali ke landasan tepat untuk muncul pelumba baru terbaik MotoGP apabila meraih empat mata selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-12 di Le Mans.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu kini menduduki tempat ke-17 keseluruha­n saingan MotoGP dengan mengumpul 13 mata sekali gus menjadi pelumba baru kedua terbaik selepas Franco Morbidelli dari Itali yang meraih 16 mata.

Prinsipal Pasukan Tech3, Herve Poncharal berkata, beliau cukup teruja dengan prestasi yang dipamerkan Hafizh.

“Kami sangat gembira dengan Hafizh yang kembali kepada prestasi sebenar untuk muncul pelumba baru terbaik. Malangnya, dia kehilangan banyak masa selepas bersaing dengan Morbidelli.

“Jika tidak, saya rasa dia mampu Malaysia tetap akan menjadi penganjur Final Siri Hoki Dunia iaitu kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 meskipun skuad lelaki negara layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu menerusi saingan Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal bagaimanap­un berkata, segala keputusan terpulang kepada Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH), badan induk yang sebelum ini menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi kempen kelayakan itu.

“Andai kata kita layak ke Sukan Olimpik dengan memenangi pingat emas di Sukan Asia, tiada masalah untuk anjurkan Final Siri Hoki Dunia selepas itu.

“Kita memang berminat untuk menjadi penganjur kepada kejohanan kempen kelayakan ini, tapi ia bergantung kepada pertimbang­an FIH kerana mereka adalah pihak yang beri kelulusan atau sebaliknya,” katanya.

Subahan sebelum ini berkata, FIH menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Final Siri Hoki Dunia dan perkara itu akan dibincangk­an menerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif, 2 Jun ini.

Malaysia juga berminat menganjurk­an Piala Dunia Lelaki dan Wanita untuk edisi 2022.

Malaysian Tigers meletakkan sasaran tinggi memenangi emas di Sukan Asia bagi membolehka­n mereka layak secara automatik ke Sukan Olimpik sekali gus menamatkan kemarau gagal layak ke temasya sukan terbesar dunia itu sejak melakukan penampilan terakhir di Sydney 2000.

 ??  ?? HAFIZH
HAFIZH
 ?? Subahan Kamal ?? Andai kata kita layak ke Sukan Olimpik dengan memenangi pingat emas di Sukan Asia, tiada masalah untuk anjurkan
Final Siri Hoki Dunia selepas itu”
Subahan Kamal Andai kata kita layak ke Sukan Olimpik dengan memenangi pingat emas di Sukan Asia, tiada masalah untuk anjurkan Final Siri Hoki Dunia selepas itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia