Harian Metro

Kuasa Nadal Raonic tarik diri Terbuka Perancis

- Reuters

 Benam juara bertahan di final Terbuka Itali

Rome: Milos Raonic menarik diri daripada Terbuka Perancis minggu depan akibat kecederaan lutut dan menyasarka­n untuk kembali ketika musim gelanggang rumput, menurut bekas pemain nombor tiga dunia itu, semalam.

Pemain Kanada itu tidak beraksi sejak tewas kepada Denis Shapovalov pada pusingan 16 Terbuka Madrid, awal bulan ini dan pemain nombor 28 dunia itu menyaksika­n pencabarny­a yang lebih muda melonjak

Rafa Nadal memanfaatk­an perlawanan yang ditangguhk­an akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggala­n di set penentuan dengan menewaskan juara bertahan, Alexander Zverev 6-1, 1-6, 6-3 di final Terbuka Itali, awal pagi semalam. Kejuaraan itu ke-56 di atas permukaan tanah liat dan dia bakal merampas kedudukan nombor satu daripada Roger Federer apabila ranking terkini ATP dikeluarka­n hari ini.

“Kejayaan pertama saya di sini pada 2005 dan ia salah satu kejayaan paling manis dalam karier saya,” kata Nadal selepas menjulang trofi kelapannya di Rome. “Merangkul trofi ini sekali lagi selepas beberapa tahun sangat istimewa buat saya.”

Nadal yang bermula goyah pada awal permainan selepas kehilangan servis tidak menunggu lama untuk kembali mencapai dua anak tangga di atasnya dalam ranking dunia.

“Dengan berat hati saya terpaksa menarik diri daripada Roland Garros. Saya mempunyai banyak kenangan manis di sini dan saya tahu perlu bekerja lebih keras untuk mendapat tempat terbaik,” kata Raonic menerusi Twitter.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua dan harap dapat jumpa di atas gelanggang rumput,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Raonic yang mara ke suku momentum.

Pemain berusia 31 tahun itu mematahkan servis Zverev untuk menyamakan kedudukan dan mencipta lapan mata kemenangan dan hanya melakukan empat kesilapan berbanding 10 yang dilakukan lawannya untuk menang set pertama.

Zverev bangkit di set kedua dengan mendahului 2-0. Pemain berusia 21 tahun yang mara ke final selepas cemerlang di ATP terus mendapat rentak dan menyukarka­n Nadal di atas permukaan kegemarann­ya.

Zverev meneruskan momentum di set ketiga dengan mematahkan servis Nadal menjadikan kedudukan 2-0 dan memiliki kelebihan awal.

Bagaimanap­un, ketika permainan berbaki dua permainan servis, hujan memaksa perlawanan ditangguhk­an selama 45 minit.

Selepas perlawanan bersambung, Nadal bagaikan mendapat semangat baru dengan pukulan bertenaga memaksa Zverev melakukan banyak kesilapan. akhir Terbuka Perancis 2014, terpaksa berehat pada penghujung musim lalu akibat masalah lutut dan tersingkir di pusingan pertama Terbuka Australia pada Januari lalu.

Dia menarik diri di pusingan 16 Masters Monte Carlo, April lalu akibat kecederaan lama berulang, sekali gus gagal mengulangi reputasi cemerlang apabila menjadi naib juara Wimbledon pada 2016.

Terbuka Perancis bermula 27 Mei ini. - AFP

 ??  ?? NADAL menjuarai Terbuka Itali.
NADAL menjuarai Terbuka Itali.
 ??  ?? RAONIC
RAONIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia