Harian Metro

Mahu tutup peluang The Reds

- Agensi

 Ramos sedar keperluan sekat serangan Firmino, Mane dan Salah

Sergio Ramos menyedari bahawa pasukannya perlu menyekat kepantasan dan tenaga serangan Liverpool yang akan menjadi keutamaan buat Real

Madrid pada

Juara-Juara.

Tiga pemain depan The Reds, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah sudah menjaringk­an 29 daripada 40 gol pasukan itu musim ini seterusnya membawa skuad kendalian Jürgen Klopp ke perlawanan terbesar di Eropah.

Pertahanan Real, Ramos sudah mengkaji pencabar utamanya itu bagi saingan di Kiev dan menyedari ancaman boleh diberikan Liverpool terutama menerusi serangan balas pantas.

“Kami tahu mereka lawan yang kental. Mereka sangat pantas ketika menyerang dan memang boleh mengancam anda,” kata pemain Sepanyol itu yang menyasarka­n untuk meraih trofi buat kali keempat.

“Firmino dan Salah adalah pemain yang pantas dan sukar untuk disekat, jadi kami akan

final

Liga cuba untuk mengawal mereka dan memastikan mereka tidak mendapat hari yang boleh memberi inspirasi, kerana mereka memang boleh memusnahka­n anda.

“Liverpool memang bagus secara teknikal dan penuh dengan kepantasan, namun kami akan cuba mengatasi mereka dengan pemain kami yang juga memiliki kualiti sama.

“Kami tahu kami juga boleh memberi ancaman kepada mereka menerusi serangan balas pantas. Kami akan cuba mengambil kelebihan itu dan kami juga sedar, kami boleh mengancam mereka menerusi cubaan bola mati.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia