Harian Metro

Emery pengganti Wenger BERDEPAN ISU ‘MENTAL’

- Agensi

London: Unai Emery muncul sebagai calon kejutan saat akhir untuk mengambil alih tugasan selaku pengurus Arsenal yang baru.

Mikel Arteta yang kini pembantu pengurus di Manchester City kepada Pep Guardiola, menjadi pilihan mendapat tugasan itu selepas menerima persetujua­n Arsene Wenger.

Namun Emery, 46, yang meninggalk­an Paris Saint-Germain selepas membantu kelab Perancis itu meraih gelaran Ligue 1, memberi peluang buat pengurusan tertinggi Arsenal.

Emery memiliki latar belakang baik ketika bertugas di Sepanyol.

Beliau berjaya membawa Sevilla, kelab memiliki sumber kewangan sederhana, menjadi kompetitif berbanding pencabarny­a yang kaya seperti

Real Madrid dan

Barcelona.

Beliau juga membawa kelab dari ibu kota Andalusia itu meraih kejayaan tiga kali berturut-turut dalam Liga Europa dengan satu daripada kejayaan itu ialah mengatasi Liverpool pada 2016.

Ketika di Perancis, beliau menang Piala Liga Perancis dan Piala FA Perancis, selain kejuaraan tahun ini.

Pengurus baru di Emirates perlu bekerja dengan sumber terhad ketika Emery akan berdepan cabaran daripada apa dimilikiny­a di PSG, namun tugasnya ketika di Sevilla membuatkan Arsenal berminat kepadanya.

Ada situasi di mana beliau akan bekerjasam­a dengan Arteta jika Arsenal membawa semula bekas pemain tengah itu ke kelab. Agensi

Manchester

Paul Pogba tidak menolak kemungkina­n akan berhijrah dari Manchester United musim panas ini, namun berkata, dia tidak akan menyertai Paris Saint-Germain.

Masa depan Pogba di Old Trafford berdepan keraguan di sebalik kebimbanga­n hubunganny­a dengan Jose Mourinho.

Pemain dengan rekod pembelian United itu diletakkan di bangku simpanan dan dikeluarka­n dalam beberapa perlawanan pada musim mengecewak­an kelab itu.

Pemain Perancis itu yang sekali lagi bermain di bawah kemampuan sebenar ketika United tewas kepada Chelsea pada final Piala FA di Wembley, mengakui dia berdepan sedikit isu ‘mental’ mengenai hubunganny­a dengan Mourinho.

Bercakap kepada TV Perancis, Canal+ semalam, dia tidak memberi jaminan masih bergelar pemain United musim depan.

“Anda tidak pernah pasti mengenai apapun,” katanya. “Secara kontrak, benar.”

Mengenai Mourinho, katanya: “Ada ketika apabila saya tidak bermain. Saya berada di bangku simpanan. Banyak yang diperkatak­an.

“Orang merasakan ia salah tetapi jurulatih dan pemain tidak perlu menjadi kawan baik. Seseorang tidak boleh dipaksa ke restoran bersama-sama. Saya ada sedikit masalah, ia mental.

“Beliau letak saya di bangku simpanan, saya membalasny­a di padang, saya memberikan prestasi maksimum setiap kali diturunkan. Ia membentuk kepemimpin­an saya.

“Saya diberikan lilitan kapten dengan Mourinho, ia kali pertama bersama kelab. Ia penting buat saya, ia membuatkan saya meningkat sebagai pemimpin dalam pasukan Perancis.”

 Pogba yang bermain di bawah kemampuan sebenar mungkin berhijrah pada musim panas ini

 ??  ?? MOURINHO (kiri) menenangka­n Phil Jones selepas pasukannya kalah kepada Chelsea.
MOURINHO (kiri) menenangka­n Phil Jones selepas pasukannya kalah kepada Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia