Harian Metro

Gaji masih samar

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

asih samar kami dapat semula duit gaji kami.”

Itu luahan Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor, seorang daripada 24 pemain Kuantan FA yang masih menanti tuntutan tunggakan gaji mereka diselesaik­an.

Menurut penjaga gol kelab The Seagulls itu, walaupun Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahka­n pihak pengurusan pasukan membayar kesemua tunggakan gaji berjumlah RM762,000 dalam tempoh 30 hari, dia mengakui ia mungkin tinggal harapan.

“Memang sebagai pemain mengharapk­an kami mendapat semula hak kami itu, tapi nampak macam susah. Bagaimana Kuantan FA nak bayar gaji kami sedangkan hutang dengan pemain tahun lalu juga masih belum selesai,” kata Amirul.

“Sekarang bertambah sulit apabila MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sudah gugurkan Kuantan FA daripada Liga Malaysia, macam mana mereka nak dapat sumber kewangan?”

Amirul yang menuntut tunggakan gaji sebanyak RM28,000 daripada Kuantan FA kini menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan untuk menampung keluarga selepas gagal mendapatka­n kontrak dengan pasukan lain.

Dia berharap, FAM atau MFL dapat mencari jalan lain selain hanya bergantung kepada Kuantan FA untuk menyelesai­kan tunggakan gaji itu.

“Saya tak tahu, mungkin FAM atau MFL juga perlu bertanggun­g jawab kerana mereka sudah menggugurk­an Kuantan FA. Ada juga yang beritahu, mungkin Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) juga perlu bertanggun­g jawab kerana Kuantan FA bernaung di bawah mereka, tapi tak akan PBNP nak bayar hutang pasukan lain. Pada saya semuanya samar ketika ini,” katanya.

Sementara itu, nasib penyerang Abdul Manaf Mamat mungkin lebih baik apabila kini beraksi dengan kelab baru MOF FC dalam Liga FAM.

Namun itu tidak bermakna, dia sanggup melupakan tuntutan tunggakan gajinya sebanyak RM50,000.

“Saya tetap mahukan hak saya seperti dalam kontrak,

Kuantan FA cakap mereka ada kontrak penajaan dengan

Marcerra jadi mereka kena selesaikan dengan apa cara sekali pun,” katanya.

 Penjaga gol kelab The Seagulls

tuntut tunggakan bayaran

 ?? Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor ?? Sekarang bertambah sulit apabila MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sudah gugurkan Kuantan FA daripada Liga Malaysia, macam mana mereka nak dapat sumber kewangan?”
Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor Sekarang bertambah sulit apabila MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sudah gugurkan Kuantan FA daripada Liga Malaysia, macam mana mereka nak dapat sumber kewangan?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia