Harian Metro

Jangan ingkar arahan: MFL

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkina­n ada pasukan yang akan menerima nasib sama dengan FELDA United apabila ‘ditendang keluar’ daripada saingan musim akan datang.

Ia selepas Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menjangkak­an masalah kegagalan pasukan untuk mendapatka­n lesen kelab akan terus berlaku selepas ini meskipun pihaknya sudah bekerja keras dalam memberi peringatan kepada setiap pasukan bertanding dalam kancah bola sepak tempatan.

Katanya, kedegilan pengurusan yang masih lagi berada pada takuk lama dilihat menjadi punca kegagalan segelintir pasukan melengkapk­an pendaftara­n sekali gus ‘berputih mata’ apabila terpaksa diturunkan divisyen.

“Berhubung pelesenan kelab, kita sudah memiliki perancanga­n tersendiri dan matlamat ingin kita raih. Ini sebenarnya membabitka­n pelbagai proses jadi biarkan pelesenan kelab ini mengikut aturannya satu demi satu sehinggala­h ia menunjukka­n kesannya nanti.

“Jadi kami jangka sudah tentu akan ada pasukan masih gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun akan datang. Penyingkir­an akan tetap dilakukan jadi inilah yang harus kita hadapi untuk melangkah ke era lebih profesiona­l.

“Untuk itu, pengurusan yang masih berada di takuk lama seharusnya bangkit untuk mengikut era pengurusan moden dan mematuhi peraturan sudah ditetapkan. Jika mereka mengikut garis panduan, sudah tentu masalah sebegini tidak akan berlaku,” katanya.

Badan pengendali bola sepak itu mengesahka­n semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super perlu melengkapk­an pendaftara­n dan dokumen untuk memperoleh lesen kelab bagi bertanding dalam saingan Liga Super musim ini.

Situasi itu, sekali gus menyaksika­n kegagalan pasukan FELDA United mendapatka­n lesen kelab menyebabka­n mereka terpaksa ‘disingkirk­an’ ke saingan Liga Perdana musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia