Harian Metro

13 ditahan bersama dua senapang buatan sendiri

-

Kota Belud: Polis merampas dua laras senapang buatan sendiri, termasuk jenis bakakuk dalam operasi membantera­s pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah rumah kongsi Safoda, Kampung Ulu Kukut, dekat sini, Sabtu lalu.

Serbuan dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud itu menahan 13 individu, termasuk pemilik senapang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, ketika serbuan di rumah kongsi berkenaan, polis menemui selaras senapang jenis bakakuk dan selaras senapang buatan sendiri menggunaka­n peluru guli.

“Turut dirampas dua butir peluru jenis BB dan 25 butir guli dipercayai dijadikan peluru,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jauteh berkata, semua senapang buatan sendiri bersama peluru ditemui bersebelah­an dengan seorang lelaki yang tidur di dalam bilik di rumah kongsi berkenaan.

“Suspek mengaku senapang yang dirampas miliknya yang didakwa ditemui di dalam hutan. Semua tangkapan dan rampasan senapang berserta peluru dibawa ke IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Ketika serbuan di rumah kongsi berkenaan, polis menemui selaras senapang jenis bakakuk dan selaras senapang buatan sendiri menggunaka­n peluru guli. Turut dirampas dua butir peluru jenis BB dan 25 butir guli dipercayai dijadikan peluru”

Jauteh Dikun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia