Harian Metro

Gas dapur bocor

 7 sekeluarga hilang tempat tinggal kediaman musnah terbakar

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

Tujuh sekeluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Buluh Balui, Batu Danau, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian disedari jam 7.30 pagi oleh seorang penduduk yang tinggal di depan rumah berkenaan sebelum menghubung­i bomba untuk tindakan selanjutny­a.

Komander Operasi Tawang Linggam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 7.54 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, struktur rumah yang dibina separuh kayu dan simen itu musnah sepenuhnya kerana api marak apabila terdapat kebocoran gas dikesan di dapur.

“Rumah berkenaan dihuni tujuh sekeluarga berusia antara tiga hingga 40 tahun. Ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah selain membeli barangan di pasar.

“Jiran yang tinggal di depan rumah berkenaan melihat asap tebal dari bilik tingkat atas sebelum api marak membakar. Bomba kemudian dimaklumka­n untuk operasi pemadaman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tawang berkata, ketika operasi pemadaman dijalankan, pasukannya mengesan berlaku kebocoran gas di kawasan dapur yang menyebabka­n api marak lebih cepat.

Katanya, rumah berkenaan musnah sepenuhnya dan tiada barangan berharga bersama dokumen yang dapat diselamatk­an penghuniny­a.

“Buat sementara waktu, mangsa tinggal di rumah jiran berdekatan sebelum bantuan daripada agensi kerajaan disalurkan kepada mereka.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik kebakaran,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Keadaan kebakaran rumah di Kampung Buluh Balui,
Batu Danau, Limbang.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. Keadaan kebakaran rumah di Kampung Buluh Balui, Batu Danau, Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia