Harian Metro

Tambang punya pasal

- Mohd Rizal Abdullah cnews@nstp.com.my

 Pemandu kereta sapu parah diserang dua penumpang warga Indonesia

Hanya kerana masalah tambang, pemandu kereta sapu cedera selepas diserang dua lelaki warga Indonesia di ladang sawit berhampira­n Taman Negara Loagan Bunut di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia 64 tahun cedera tangan dan kaki kiri selepas diserang menggunaka­n senjata tajam susulan pertengkar­an berhubung bayaran tambang.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superinten­dan Gabriel Risut berkata, mangsa yang memandu Toyota Hilux diminta mengambil dua suspek berkenaan di Simpang Mamut sebelum dihantar ke ladang sawit itu.

Bagaimanap­un katanya, setibanya di destinasi dituju, berlaku pertengkar­an antara mangsa dan kedua-dua suspek dipercayai berpunca sikap tidak puas hati terhadap jumlah tambang.

“Seorang daripada suspek menyerang mangsa menggunaka­n pisau, manakala rakannya cuba menarik mangsa keluar dari kenderaan.

“Bagaimanap­un, mangsa dapat menyelamat­kan diri dan terus memecut ke Klinik Kesihatan Beluru bagi mendapatka­n bantuan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pertikaian tambang dikenakan mangsa, namun siasatan masih dijalankan.

“Polis juga giat mengesan kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? MANGSA diserang dua lelaki warga Indonesia di sebuah ladang sawit berhampira­n Taman Negara Loagan Bunut, di Marudi.
MANGSA diserang dua lelaki warga Indonesia di sebuah ladang sawit berhampira­n Taman Negara Loagan Bunut, di Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia