Harian Metro

32 aktiviti salah laku PRU14

-

Kuching: Pemantau BERSIH mengesan 32 aktiviti yang melanggar ketetapan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Daripada jumlah keseluruha­n itu, 22 dilaporkan berlaku di kawasan Parlimen Stampin, manakala 10 dilaporkan dari beberapa kawasan lain di negeri ini.

Naib Pengerusi BERSIH Sarawak, Ann Teo berkata, kebanyakan aduan diterima pihaknya berkaitan masalah undi awal, masalah pendaftara­n dan pemberian hadiah.

Pihaknya turut mengesan penganjura­n jamuan, pengaruh tidak wajar daripada pihak tertentu, penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen dan ada pihak masih menjalanka­n kempen pada hari pengundian.

“Kami lebih fokus kawasan Parlimen Stampin di Kuching kerana kekurangan sukarelawa­n melaksanak­an pemantauan di semua kawasan.

“Walaupun tumpuan di satu kawasan itu saja, banyak kesalahan pilihan raya dikesan,” katanya di sini, semalam.

Justeru, Ann berkata, BERSIH Sarawak menuntut Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjalanka­n siasatan terhadap individu dikenal pasti melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan segera dan telus.

“Kami juga mahu SPR menyiasat secara terperinci aktiviti membeli undi yang berlaku di Sarawak. Pihak BERSIH juga menawarkan kerjasama dengan SPR untuk membekalka­n bukti pemantauan jika diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, laporan aduan diterima di Sarawak itu diserahkan kepada BERSIH pusat untuk dikumpul sebelum tindakan selanjutny­a termasuk diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 ??  ?? ANN menunjukka­n video kesalahan pilihan raya yang didakwa berlaku pada PRU-14.
ANN menunjukka­n video kesalahan pilihan raya yang didakwa berlaku pada PRU-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia