Harian Metro

Pesona gadis Unduk Ngadau

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

aya berjalan perlaTuara­nhan

dan lemah gemalai, rambut disanggul manakala wajah disolek sesuai dengan pakaian tradisi mengikut suku kaum Kadazandus­un, Murut serta Rungus (KDMR).

Senyuman menawan dan pandangan mata pula cukup mempesonak­an pengunjung yang menyaksika­n 24 peserta berentap dalam Pertanding­an Unduk Ngadau atau Ratu Kaamatan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Kiulu, Tuaran, kelmarin.

Acara itu sentiasa menjadi debaran buat gadis KDMR di seluruh daerah Tuaran kerana inilah peluang mereka mempamerka­n kecantikan dengan membawa semangat Huminodun iaitu kisah legenda gadis Kadazandus­un yang dikorbanka­n untuk menyuburka­n tanaman padi.

GIni diakui peserta mewakili Tamparuli, Helen Leong Siau Phing, 18, yang pertama kali bertanding. Dia mengambil masa dua bulan untuk berlatih dan memahami konsep Unduk Ngadau.

Helen berkata, tempoh dua bulan digunakan sepenuhnya untuk berlatih cara berjalan seperti seorang Unduk Ngadau sehingga mahir termasuk cara menjawab soalan.

“Selain membaca kisah legenda Huminodun, saya menggunaka­n sepenuhnya masa beberapa bulan ini termasuk penjagaan pemakanan.

“Saya mengambil kuantiti makanan yang banyak ketika sarapan dan makan tengah hari, manakala pada sebelah malam dalam kuantiti sedikit,” katanya.

Pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran dihadiri lebih 1,000 pengunjung yang dirasmikan Pegawai Daerah Tuaran merangkap pengerusi penganjur, Sofian Alfian Nair.

Peserta Unduk Ngadau mewakili Kiulu, Gwendoline Ng Siaw Ching, 19, pula berkata, tiada petua tertentu diamalkan kecuali sentiasa memastikan kesihatan terjaga dan bersemanga­t.

“Kira-kira sebulan sebelum pertanding­an, saya mula mengamalka­n minum air suam, tidak tidur lewat dan makan makanan berkhasiat agar tidak mudah terdedah kepada penyakit.

“Ini kali kedua saya menyertai pertanding­an ini selepas gagal pada peringkat zon tahun lalu dan kini saya membuat persediaan lebih rapi selepas dilatih oleh keluarga sendiri,” katanya.

Mesra disapa Gwen, dia mengakui menang atau kalah bukan keutamaan, namun usaha sedaya upaya untuk berentap kerana semua peserta juga mempunyai saingan sengit.

Pemenang peringkat daerah akan dipilih ke peringkat negeri sempena Pesta Kaamatan yang bukan hanya dipilih berdasarka­n kecantikan, malah mahir, berilmu dan berdisipli­n tinggi.

 24 peserta rebut peluang pamer kecantikan

 ??  ?? PESERTA pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2018 di Dewan Masyarakat Kiulu, Tuaran.
PESERTA pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2018 di Dewan Masyarakat Kiulu, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia