Harian Metro

Peruntukan perkasa masjid

-

Bintangor: Usaha perlu dipergiatk­an bagi memperkasa­kan masjid dan surau sepanjang Ramadan melalui penganjura­n pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarak­atan yang memberi faedah kepada penduduk setempat.

Justeru, kerajaan negeri memperuntu­kkan Dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM81,000 kepada tujuh Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK), selain pihak pengurusan masjid serta surau di daerah ini.

Penyerahan dana itu disempurna­kan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol di Surau Kampung Bidadari, di sini, kelmarin, dengan setiap JKKK menerima dana berjumlah RM10,000, manakala dua masjid dan surau, masing-masing menerima peruntukan RM11,000.

Pada masa sama, beliau turut memaklumka­n persetujua­n kerajaan negeri membina semula empat jeti di Kampung Melayu Bintangor di sini, membabitka­n peruntukan RM200,000 untuk kemudahan penduduk setempat.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, semua pemimpin masyarakat, jawatankua­sa masjid dan surau perlu menghargai setiap sumbangan disalurkan itu dengan memanfaatk­an peruntukan itu sebaik-baiknya.

“Ia bukan saja boleh dimanfaatk­an untuk melaksanak­an program ibadah dan ilmiah, tetapi juga merancakka­n aktiviti yang mampu menyatukan ummah. Ini juga sejajar dengan kemuliaan dan keberkatan Ramadan yang kita raikan,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH (tengah) selepas menyampaik­an cek MRP di Surau Kampung Bidadari Bintangor.
ABDULLAH (tengah) selepas menyampaik­an cek MRP di Surau Kampung Bidadari Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia