Harian Metro

KERJA BELUM SELESAI

Mohd Shukri dedah terpaksa larikan diri ke AS

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahka­n beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman ketika menyiasat kes penyelewen­gan daripada pihak yang ada kaitan dengan penyelewen­gan SRC Internatio­nal, anak syarikat

1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dilantik

Khamis lalu itu mendakwa, ugutan itu termasuk akan dipecat, dipaksa bersara awal dan menerima kiriman peluru hidup sebagai ancaman.

Katanya, beliau dan pegawai penyiasat menghadapi tekanan cukup hebat ketika itu termasuk saksi dilarikan malah beliau serta Ketua Pesuruhjay­a SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhka­n kerajaan. “Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir

mati dalam kes ini.

“Saya rasa sedih. Saya dan Abu Kassim dituduh pembelot untuk menjatuhka­n kerajaan.

Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang dari luar negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) Datuk Jaafar Mahad.

Mohd Shukri adalah pegawai yang melengkapk­an dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC Internatio­nal. Dalam siasatan itu, lebih 100 saksi diambil keterangan. Pada 3 Oktober 2016, beliau memilih untuk bersara wajib.

Susulan ancaman itu, Mohd Shukri membuat keputusan melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat (AS).

“Dalam perjalanan ke sana, saya tularkan cerita saya akan pergi ke Jeddah, Arab Saudi dan ketika itu, pihak berkuasa Malaysia menghantar red alarm ke Jeddah suruh tangkap saya.

“Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Pegawai saya di sana sempat ambil gambar orang yang mengekori itu.

“Kemudian saya serahkan gambar itu kepada Azam dan minta dia serahkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kata saya yang ekori orang dia.

“Kemudian saya lari ke New York menaiki kereta api dan bertemu dengan kawan yang pernah bertugas di Singapura di Jabatan Polis New York (NYPD).

“Mereka memberi perlindung­an selama seminggu berserta tiga

bodyguard’. Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan dapat maklumat pegawai saya ditangkap dan ditukar.

“Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan mat salih. Saya rasa bersalah kerana anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

“Kemudian saya WhatsApp dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low.

“Saya sampai tahap mengugut mereka jika tidak lepaskan anak buah dan beri jawatan lama kepada mereka, saya akan balik dan dedahkan semuanya. Alhamdulil­lah, saya dapat balik pegawai saya,” katanya sebak.

Terdahulu, Mohd Shukri berkata, beliau pada mulanya menolak tawaran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM atas alasan sudah ‘seronok’ bersara dan dapat meluangkan masa bersama cucu.

Namun, beliau menerima tawaran Dr Mahathir kerana mengambil tanggungja­wab untuk negara dan bagi menyelesai­kan ‘tugas’ yang belum selesai.

“Saya sebenarnya tidak gembira kerana sudah rasa bahagia bersara dan berasa sudah tua. Bila berjumpa Tun, saya terfikir ‘nak kata dah tua, dia (Tun) lebih tua daripada aku.’

“Kalau cakap saya dah bersara, dia (Tun) bersara lagi lama. Saya dah mula fikir nak bagi jawapan sesuai.

“Bila berdepan dengan Tun susah nak cakap sebab ‘orang tua ni dah umur 93 tahun masih kerja untuk negara takkan aku yang muda nak kata tak.’

“Akhirnya saya terima tetapi dengan syarat untuk habiskan kerja saya yang belum sesuai. Tun kata tiada masalah,” katanya.

Saya sebenarnya tidak gembira kerana sudah rasa bahagia bersara dan berasa sudah tua. Bila berjumpa Tun, saya terfikir ‘nak kata dah tua, dia (Tun) lebih tua daripada aku’”

Mohd Shukri Abdull

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia