Harian Metro

Buru Oking kejar kereta polis

-

Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung tindakan menakut-nakutkan pegawai polis dengan mengejar keretanya menggunaka­n kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika pegawai polis itu dalam perjalanan dari Kampung Baru-Baru di sini, menuju Tuaran pada 17 Mei lalu, dia diekori Proton Wira Aeroback dipandu Samri Abil, 36, atau dikenali dengan nama Oking.

“Pengadu (pegawai polis) meminta bantuan polis dan pasukan polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud ke lokasi serta cuba menahan kereta suspek.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis (MPV), suspek bertindak agresif dengan memecut keretanya dan enggan berhenti. Susulan itu, anggota polis mengejarny­a namun suspek dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zaidi berkata, siasatan mendapati punca suspek mengejar kereta pegawai polis terbabit dipercayai akibat dendam terhadap pengadu yang memberi amaran kepada seorang pembantu suspek yang terbabit dalam penjualan syabu.

“Pengadu merasakan dirinya diancam oleh suspek yang cuba untuk menggertak dan menakut-nakutkanny­a.

“Sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek terbabit dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Siasatan mendapati punca suspek mengejar kereta pegawai polis terbabit dipercayai akibat dendam terhadap pengadu yang memberi amaran kepada seorang pembantu suspek yang terbabit dalam penjualan syabu”

Mohd Zaidi Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? SAMRI
SAMRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia