Harian Metro

'ABANG MAT' MASUK PEJABAT

 Program diilhamkan isteri bekas PM perlu diaudit

- Rohaniza Idris dan Tasnim Lokman am@hmetro.com.my

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan.

Namun begitu, katanya, program yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu diaudit dan disemak semula.

Katanya, antara yang akan disemak dan diaudit termasukla­h peruntukan, keberkesan­an kos dan hasil program berkenaan.

“PERMATA adalah salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi (semalam), dan kita setuju akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahter­aan kanak-kanak.

“Program untuk kanak-kanak ini dapat meningkatk­an kemahiran mereka dan mengetenga­hkan perkara yang baik, sesuai matlamatny­a yang suci dan murni.

“Kalau apa yang baik, kita teruskan. Kita juga sedang teliti sama ada program berkenaan dikekalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Kementeria­n Wanita dan Pembanguna­n Keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media pertama beliau sebaik memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra di sini, semalam.

Terdahulu, wanita pertama negara dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri itu tiba di pejabatnya di sini pada jam 10 pagi.

Memakai kebaya berbunga merah dan tudung putih, Dr Wan Azizah mengetik kad perakam waktu sebagai permulaan masuk ke pejabatnya di tingkat empat.

Sebaik melangkah masuk, doa dibacakan dan beliau disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali

Hamsa.

Dr Wan Azizah berkata, Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah Kementeria­n Wanita dan Pembanguna­n Keluarga kerana ia membabitka­n usaha meningkatk­an perkembang­an kanak-kanak.

“Beri saya masa. Khamis ini saya akan masuk ke pejabat di Kementeria­n Wanita dan Pembanguna­n Keluarga, selepas itu kita akan putuskan,” katanya.

Beliau berkata, antara perkara yang turut dibincangk­an dengan Dr Mahathir adalah mengenai isu kebajikan masyarakat.

Katanya,Perdana Menteri maklum perkara itu dan menyatakan fungsi, tanggungja­wab serta peranan kementeria­n itu tidak berubah.

Program untuk kanak-kanak ini dapat meningkatk­an kemahiran mereka dan mengetenga­hkan perkara yang baik”

Dr Wan Azizah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia