Harian Metro

PRU14: PORTAL BERITA MEDIA PRIMA CATAT LEBIH 25.6 JUTA PELAWAT

-

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima), kumpulan media bersepadu utama di Malaysia mencatatka­n jutaan pengguna Internet yang mengikuti liputan berita Media Prima sepanjang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, menurut Google Analytics, portal berita Media Prima termasuk SAYS, MyUndi, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times merekodkan lebih 25.6 juta pelawat unik dan 296 juta paparan halaman dengan 10 peratus daripada jumlah pelawat unik itu adalah dari luar Malaysia dalam tempoh antara 6 April dan 13 Mei lalu.

“Platform berita atas talian MyUndi dan aplikasi mudah alih PRU14 daripada Media Prima Labs mencatatka­n 2.1 juta pelawat unik dengan 13.3 juta paparan halaman pada 9 Mei dan 10 Mei saja.

“Manakala, MyUndi adalah carian Google teratas untuk hasil carian kata kunci Undi pada musim pilihan raya.

“Liputan video Media Prima untuk PRU14 pula mencatatka­n sebanyak 22.3 juta tontonan di platform Facebook dan Youtube serta melalui perkhidmat­an strim video, tonton,” katanya.

Menurutnya, jumlah pengunjung dan tontonan pada sepanjang tempoh pilihan raya itu adalah jauh lebih tinggi berbanding data bulanan kebiasaann­ya.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa kemahiran dan dedikasi kakitangan Media Prima serta pasukan editorial melalui pelbagai portal atas talian yang ditawarkan kumpulan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, capaian digital Media Prima yang tinggi sepanjang liputan PRU14 adalah sejajar dengan misi Media Prima untuk menjadi syarikat kandungan dan perdaganga­n digital yang utama di Malaysia

“Media Prima kini berada di kedudukan ketiga di Malaysia selepas Google dan Facebook daripada segi jumlah capaian digital dan ini meyakinkan kami dalam mencapai sasaran untuk meningkatk­an pendapatan dari sumber digital sebanyak 20 peratus menjelang 2020,” katanya.

Media Prima kini berada di kedudukan ketiga di Malaysia selepas Google dan Facebook daripada segi jumlah capaian digital”

Rafiq Razali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia