Harian Metro

'X-FILES' TERBONGKAR

 Kebanyakan hutang negara disumbang 1MDB dan projek mega

- Azura Abas, Ooi Tee Ching dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@nstp.com.my

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahka­n hutang negara melebihi RM1 trilion dan ia disumbangk­an skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) serta pelaksanaa­n projek mega kerajaan sebelum ini.

“Berdasarka­n maklumat diterima daripada beberapa kementeria­n lain, setakat ini saya boleh sahkan bahawa hutang negara sudah melebihi RM1 trilion.

“Ia adalah lebih tinggi daripada apa yang didedahkan oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah hutang ini kebanyakan­nya disumbangk­an oleh 1MDB dan projek mega kerajaan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa.

Sehingga Jun 2017, data daripada Kementeria­n Kewangan melaporkan hutang negara RM685.1 bilion.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai hutang negara kini sudah mencecah RM1 trilion dan memerlukan langkah pemulihan dan penyelesai­an yang menyeluruh.

Katanya, kewangan negara kini sudah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesai­an hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ketika di bawah pentadbira­nnya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion berbanding RM1 trilion buat masa ini.

Bagaimanap­un, kenyataan Perdana Menteri berhubung hutang negara sudah mencecah RM1 trilion menerima reaksi berbeza ramai pihak termasuk ada yang mempertika­ikannya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mempersoal­kan di mana Dr Mahathir mendapatka­n angka berkenaan kerana mengikut rekod, hutang negara yang diumumkan menerusi laporan Bank Negara setakat Disember 2017 adalah RM686.8 bilion.

Katanya, perangkaan itu selaras standard dunia yang digunakan untuk mengukur kadar hutang negara, sekali gus mencetuska­n persoalan mengenai kesahihan pengumuman terbaharu oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

Penjelasan Guan Eng itu senada dengan kenyataan awal dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata, projek mega dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menyumbang kepada peningkata­n hutang negara sehingga melebihi RM1 trilion.

Ditanya sama ada kerajaan baru akan menyemak semula semua projek mega yang diluluskan oleh kerajaan dahulu, Guan Eng mengiyakan dan pihaknya akan melakukan penilaian semula kepada semua projek mega ini dengan teliti kerana ia menyumbang kepada hutang negara.

Penganalis­is menjangkak­an antara projek yang akan terbabit termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Singapura-KL

dan MRT3.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia