Harian Metro

Mohd Shukri anggap Dzulkifli pengkhiana­t

-

Putrajaya: Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull menganggap Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai pengkhiana­t kerana cuba melindungi salah laku dalam kes SRC Internatio­nal.

Menurutnya, sebagai individu berlatarbe­lakangkan undang-undang dan bekas timbalan pendakwa raya, Dzulkifli sepatutnya menguatkan siasatan kes itu (dengan bukti baharu) bukan melindungi pesalah di sebalik kes berkenaan.

“Sepatutnya, dia (Dzulkifli) kaji kes itu dan kumpul bukti baru, bukannya melindungi pesalah. Saya menganggap dia (Dzulkifli) sebagai pengkhiana­t negara,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, beliau merasakan sudah tidak sanggup bekerja di bawah Dzulkifli sebelum berhenti awal kerana tidak sanggup bekerja dengan pengkhiana­t.

Mohd Syukri berkata, pada ketika itu juga, bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed tiada pilihan sebelum diarahkan keluar daripada SPRM dan ditempatka­n di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kami sudah dengar desas-desus Dzulkifli akan ditempatka­n sebagai

(jawatan Ketua Pesuruhjay­a) beberapa bulan sebelum itu.

“Saya juga sempat bertemu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ketika itu dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya melantik Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, memanggil seseorang pengkhiana­t di khalayak ramai tanpa bukti kukuh sama seperti memfitnah.

Sehubungan itu, beliau berkata, saman sivil boleh diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan berkenaan mengikut Akta Fitnah 1957.

“Jika Dzulkifli mengambil keputusan menyaman Mohd Shukri kerana memfitnah, beliau mesti menguatkan kenyataann­ya dengan mengemukak­an bukti kukuh,” katanya.

Abdul Halim berkata, kes itu diklasifik­asikan sebagai fitnah kerana memanggil seseorang sebagai pengkhiana­t boleh menjejaska­n integriti dan merendahka­n imej serta kedudukan sosialnya.

Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia