Harian Metro

Tiada bukti putera Arab Saudi masuk duit dalam akaun peribadi Najib

-

Tidak ada bukti yang dapat menyokong dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadiny­a pada 2014 daripada putera Arab Saudi.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia adalah hasil penemuan pasukan penyiasat yang dihantar ke Arab Saudi dan bertemu dengan putera raja terbabit pada 2015.

“Dalam siasatan, prosedur kita ialah kita akan cari saksi. Berdasarka­n surat yang menyatakan putera raja itu derma, pegawai kita ke sana. Tapi dalam kes ini, ada seseorang tunjuk kepada kita supaya jumpa putera raja ini.

“Pegawai kita pergi ke sana dan dibawa berjumpa dengan putera raja itu. Ya, beliau (putera raja) mengakui menderma wang itu, tetapi putera itu tidak dapat mengemukak­an bukti atau dokumen menyatakan wang itu adalah derma daripadany­a.

“Dalam operasi standard, urusan pindah wang, mesti ada dokumentas­i dan bukti. Tetapi putera raja ini gagal kemukakan bukti.

“Apabila kita minta Peguam Negara serah bantuan guaman bersama

(MLA) ke Arab Saudi, beliau enggan berbuat demikian,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) Datuk Jaafar Mahad.

Mohd Shukri turut menafikan dakwaan mengatakan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais, pada 2015 ada kaitan dengan 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia