Harian Metro

Majlis Raja-Raja prihatin keresahan kredibilit­i kerajaan ketika itu

-

Kekecewaan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Majlis Raja-Raja didakwa tidak bertindak mengenai 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tidak benar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, ketika menyangkal kenyataan itu menjelaska­n Ketua Pesuruhjay­a, Timbalan dan pegawai kanan SPRM dititahkan menghadap baginda sekalian bagi menyembahk­an taklimat yang berkaitan pada 2015.

Susulan pertemuan itu, katanya, satu kenyataan dikeluarka­n bagi menunjukka­n bahawa Duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian berat terhadap isu 1MDB, mengikut ruang lingkup peranan dan kuasa raja-raja berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kenyataan ini dikeluarka­n Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertarikh 6 Oktober 2015,” katanya pada kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull semalam, Majlis Raja-Raja tidak bertindak mengenai 1MDB walaupun barisan tertinggi suruhanjay­a berkenaan menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja pada 2015.

Pada 6 Oktober 2015, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi kenyataan media menzahirka­n keprihatin­an terhadap keresahan dalam kalangan rakyat yang menyentuh kritikan terhadap kredibilit­i dan integriti kerajaan ketika itu.

Sehubungan itu, Raja-raja Melayu menitahkan kerajaan menyelesai­kan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB, selain mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.

Baginda sekalian turut menegaskan semua pihak bertanggun­gjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur supaya usaha serta maksud siasatan berkenaan berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia