Harian Metro

Rahsia resipi satu abad

-

 Peniaga nasi beriani kambing, nasi tomato bersyukur hidangan laris

lima orang pelanggan tetap dalam kalangan pelbagai bangsa yang datang setiap hari.

“Alhamdulil­lah, sambutan yang diterima amat menggalakk­an dan kebiasaann­ya makanan habis dijual,” katanya, yang juga antara peserta program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan menjelang 2020.

Ibu lima anak itu berkata, setiap kali Ramadan ibunya, Norliah Hashim, 53, akan datang ke rumahnya untuk membantu memasak dua makanan itu. “Persiapan menyediaka­n dua hidangan ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan pada kebiasaan siap pada 1.30 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, dia yang dibantu anak sulung, Muhammad Nazrul Hakim Azlan, 17, dan rakan remaja itu, Muhammad Safwan Aris Fatillah, 17, ke tapak bazar pada jam 3.30 petang untuk melakukan persiapan sebelum mula berniaga.

“Setiap hari saya menggunaka­n 15 kilogram beras (kg) dan 15kg daging ayam untuk menyediaka­n nasi tomato. Manakala bagi nasi beriani pula 7kg beras dan 6kg daging kambing,” katanya.

Katanya, dia percaya pada rezeki diberikan Allah SWT dan setiap hidangan dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang supaya keberkatan datang untuk keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia