Harian Metro

Projek tak telus tambah hutang negara

-

Putrajaya: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, projek mega kerajaan terdahulu yang tidak telus dan tiada dimasukkan ke dalam bajet negara, menyumbang kepada hutang Malaysia mencecah RM1 trilion kini.

“Kos (RM1 trilion) ini memberi kejutan kepada pentadbira­n baru dan ia turut dibincangk­an pagi ini (semalam). Kita harus melihat maklumat terperinci mengenai apa yang menyumbang kepada hutang besar hampir RM1 trilion itu.

“Sebahagian­nya kerana proses (kewangan kerajaan) tidak terbuka dan kebanyakan projek tidak dimasukkan

>>PERMATA lebih relevan berada di bawah Kementeria­n Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

ke dalam perbelanja­an dan bukan bawah belanjawan negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat daripada pasukan Unit Perancang Ekonomi di Pejabat Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi di sini, semalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaik­an amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), kelmarin, berkata nilai hutang negara kini mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah pemulihan serta penyelesai­an menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion ketika bawah pentadbira­n beliau dari 1981 hingga 2003.

Mohamed Azmin berkata, justeru pihaknya akan menyemak projek mega seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR), selaras manifesto Pakatan

Harapan

(PH) untuk menyelamat­kan ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia