Harian Metro

Mat Sabu akui masih gementar

-

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui beliau gementar dan masih menyesuaik­an diri untuk menguruska­n kementeria­n di bawah kepimpinan kerajaan baru.

Katanya, beliau sudah biasa hidup bersama rakyat namun kini terdapat protokol dan peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga kepentinga­n semua pihak.

“Tak ada perubahan besar, cuma sekarang bila nak bercakap faktanya perlu dijaga dan perasaan negara jiran juga perlu dilihat kerana saya bukan saja Presiden

Parti Amanah Negara (AMANAH), tetapi Menteri Pertahanan.

“Saya perlu cermat kerana sebarang percakapan akan dilihat dan dikaji pihak kawan dan juga lawan dalam politik merangkumi dalam serta luar negara.

“Memang kena sesuaikan diri dengan kehidupan baru, tetapi saya takkan ubah stail saya,” katanya.

Terdahulu, Mohamad tiba di Wisma Pertahanan pada jam 9.30 pagi bagi memulakan hari pertama selaku Menteri Pertahanan.

Beliau mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Juniusabdi­ah Shah Putra Janny.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta Panglima Perkhidmat­an dan Pegawai Kanan Tentera dan awam Kementeria­n Pertahanan.

Mengulas lanjut, beliau akan mendengar taklimat dan penerangan merangkumi seluruh cabang pentadbira­n dan ketenteraa­n dalam tempoh minggu pertama.

“Kita akan guna keilmuan yang akan digabungka­n dengan ketenteraa­n untuk menangani sebarang konfrontas­i khususnya isu memerangi keganasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia