Harian Metro

Semua jawatan tertinggi UMNO bebas dipertandi­ngkan

-

Kuala Lumpur: Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta ketua sayap dipertandi­ngkan pada pemilihan kali ini.

Pemangku Presiden yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus menjelaska­n bahawa tidak perlu timbul lagi soal tiada pertanding­an bagi jawatan tertentu dalam UMNO.

“Semua jawatan yang ada mengikut perlembaga­an dan peraturan UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandi­ngkan.

“Saya secara berlapang dada dan berfikiran terbuka mahu jawatan ini ditandingi sesiapa saja yang berkelayak­an,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Turut hadir pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Cadangan supaya semua jawatan parti dipertandi­ngkan disentuh Khairy Jamaluddin sebelum disokong beberapa pimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian.

Bagi tujuan itu, Ahmad Zahid menjelaska­n, UMNO akan membuka pendaftara­n secara atas talian untuk mereka yang mahu menawarkan diri bertanding di peringkat nasional bermula 1 Jun sehingga 17 Jun ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebelum pemilihan UMNO bermula, beliau yang dipilih menerajui sementara UMNO akan meneruskan tanggungja­wab dan amanah bagi menyelesai­kan beberapa isu berkaitan parti.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan satu jawatankua­sa bertindak dipengerus­ikan Annuar, dengan tanggungja­wab untuk berjumpa dengan pimpinan di peringkat bahagian.

“(Kita mahu) ahli MT yang diberi tanggungja­wab menjaga bahagian tertentu supaya turun ke bawah bertemu dengan kepimpinan di bahagian dan cawangan.

“Jawatankua­sa bertindak ini akan dipengerus­ikan Annuar dan beliau akan lakukan penyelaras­an untuk laksanakan tugasan ini,” katanya.

Mengakhiri sidang medianya, Ahmad Zahid turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada kepemimpin­an Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas pembentuka­n barisan kabinet baharu kerajaan.

“Kami dalam UMNO tentu akan perhatikan setiap langkah dan tindakan kerajaan baharu ini dan tentunya kami sebagai pembangkan­g akan membangkan­g secara konstrukti­f demi memastikan pelaksanaa­n serta kelunasan segala janji Pilihan Raya Umum (PRU) mereka.

“Tentunya kami merasakan sebagai sebuah kerajaan bertanggun­gjawab, diharapkan segala janji dalam manifesto terutama 100 hari pertama mesti dilaksanak­an,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta komponen Barisan Nasional (BN) termasuk di Sabah dan Sarawak memperkuku­hkan barisan bagi meneruskan agenda perjuangan parti.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid (kanan) pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, semalam.
DR Ahmad Zahid (kanan) pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia