Harian Metro

Minta beri kepercayaa­n penuh

-

Tan Sri Robert Kuok meminta semua pihak memberi kepercayaa­n penuh kepada Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) untuk melihat semula ekonomi negara.

Menurutnya ahli majlis berkenaan terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram adalah individu cemerlang. Percayalah mereka,” katanya yang menghadiri mesyuarat MPK buat kali pertama di Menara Ilham di sini, semalam.

Kuok berkata, beliau bagaimanap­un tidak boleh menghadiri mesyuarat secara kerap memandangk­an beliau tinggal di Hong Kong.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahter­aan negara.

Sebelum ini, dalam beberapa siri pertemuan MPK, beliau diwakili oleh Pengerusi PPB Group Bhd (PPB), Tan Sri Oh Siew Nam.

Sementara itu, Daim ketika diminta mengulas mengenai pertemuan MPK bersama pemimpin tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pegawai atasan kerajaan berkata, tumpuan perbincang­an adalah mengenai subsidi bahan api.

Beliau juga menegaskan mesyuarat itu tidak membincang­kan berkenaan hutang negara berjumlah RM1 trilion seperti diumum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram adalah individu cemerlang. Percayalah mereka”

Robert Kuok

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia