Harian Metro

Fendy cuma batuk bukan tenat

-

Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon drama Mr Grey, Fendy Bakry iaitu Fadzil Zahari menafikan pelakon itu tenat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Fadzil berkata, Fendy tidak berada dalam koma atau tenat seperti didakwa segelintir pihak sebelum ini.

“Dia memang dirawat di HSB. Doktor merehatkan­nya daripada sebarang tindakan refleks seperti batuk dan bersin bagi mengelak jangkitan penyakit seperti asma,” katanya.

Fadzil berkata, keluarga Fendy kecewa dengan khabar angin yang dibuat pihak tidak bertanggun­gjawab itu.

Menurut Fadzil, pelakon itu hanya menjalani rawatan susulan biasa di hospital berkenaan, semalam.

Bagaimanap­un, ketika rawatan itu dia batuk dan hasil pemeriksaa­n doktor mendapati ada simptom pneumonia dan dia diletakkan di bawah pemerhatia­n doktor.

“Disebabkan tidak dapat dirawat segera berikutan batuk dan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pneumonia, doktor memutuskan merehatkan­nya dengan bius serta memasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal untuk mengelak sesak nafas berpanjang­an atau mendapat serangan asma,” katanya.

Fadzil berkata, berikutan tersebarny­a berita Fendy dirawat di situ, pihak HSB turut menperketa­tkan kawalan

intibute

apabila menerima kehadiran ‘luar biasa’ pelawat ke hospital berkenaan.

“Hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat Fendy. Ia bertujuan untuk memastikan privasi rehat dan urusan pasukan perubatan berjalan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia