Harian Metro

Mula dengan sampel rempeyek percuma LEMAK BAKAR 100KG SEHARI

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Permaisuri: “Bermula dengan memberi sampel rempeyek secara percuma kepada orang untuk dirasa, kini permintaan terhadap makanan ringan ini di luar jangkaan,” kata pengusaha rempeyek, Khairil Bariah Razali, 49.

Dia yang lebih mesra disapa Kak Tah berkata, pembabitan­nya dalam industri itu bermula sejak 10 tahun lalu secara suka-suka.

“Pada mulanya saya cuba mengolah sendiri resipi rempeyek yang sangat popular di negeri kelahiran serta arwah suami iaitu Perak dan kemudian mengagihka­n kepada keluarga serta kenalan.

“Kalau ada orang menempah makanan saya selitkan sebekas rempeyek untuk dirasa dan saya tidak sangka ia diterima baik masyarakat di pantai timur terutamany­a Terengganu.

“Saya menghasilk­an empat jenis rempeyek iaitu ikan bilis, kacang tanah, kacang dal dan hijau yang lebih rangup serta sedikit pedas,” katanya yang ditemui di bengkelnya di Kampung Seri Kenangan, Pelong di sini, semalam.

Ibu tunggal kepada enam orang anak itu berkata, menjelang musim perayaan permintaan rempeyek meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.

Menurutnya, sepanjang Ramadan terutama beberapa minggu sebelum Aidilfitri menyebabka­n dia dan pekerja akan menghasilk­an rempeyek dari awal pagi hingga ke malam.

“Dianggarka­n sebanyak 21,000 keping rempeyek dapat dihasilkan menggunaka­n 70 kilogram (kg) tepung dengan setiap satu kg mampu menghasilk­an 300 keping rempeyek.

“Setakat ini, terdapat lapan orang pekerja sepenuh masa serta tiga ahli keluarga yang menguruska­n operasi pembuatan rempeyek di sini,” katanya.

Kak Tah berkata, purata pendapatan secara kasar pada musim perayaan boleh mencecah sehingga RM60,000 disebabkan banyak permintaan dan tempahan pelanggan.

“Harga rempeyek bergantung kepada kuantiti dan bekas yang digunakan antara RM12 hingga RM15 bagi setiap 45 keping rempeyek tetapi harga jualan di pasaran biasanya lebih mahal.

“Disebabkan terlalu sibuk menguruska­n perniagaan ini, sudah empat tahun kami sekeluarga terpaksa pulang beraya di Perak pada jam 2 pagi Aidilfitri dan tiba di kampung ketika azan Subuh,” katanya.

Kota Bharu

 Gerai tumpuan pengunjung bazar Ramadan

Bukan saja kuih-muih menjadi daya tarikan ketika berpuasa, lemak bakar di bazar Ramadan turut mendapat tumpuan orang ramai kerana keenakanny­a.

Lemak daripada daging dibakar dan dicucuk di lidi seperti sate ternyata mempunyai peminatnya tersendiri.

Bagi peniaga, Mohd Amiruddin Deris, 31, setiap kali Ramadan gerai jualannya sering kali menjadi tumpuan orang ramai membeli lemak bakar.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pelanggan, pada hari biasa dia perlu menyediaka­n 75 kilogram (kg) lemak daging import, manakala pada hari minggu pula sebanyak 100kg yang diperoleh daripada pembekal barangan sejuk beku.

“Meskipun di bazar ini mempunyai tiga lagi gerai yang turut menjual lemak bakar, namun kebanyakan pembeli lebih memilih untuk merasai keenakan lemak bakar yang dijual di gerai milik saya.

“Boleh dikatakan, saya menjadi perintis kepada peniaga lain di bazar ini untuk turut menjual lemak bakar kerana mendapat sambutan pengunjung terutama pada bulan Ramadan.

“Sudah 12 tahun saya berniaga di bazar ini dan setiap kali Ramadan kebanyakan pengunjung sudah mengenali saya dan akan mencari untuk membeli lemak bakar. Ia habis dijual hampir setiap hari.

“Selain lemak bakar, saya juga menjual daging bakar dan ayam percik. Harga lemak bakar yang dijual RM5 satu cucuk manakala daging bakar dan ayam percik masing-masing berharga RM7,” katanya.

Mohd Amiruddin berkata, resipi untuk memerap lemak dan daging bakar diilhamkan abangnya, Khairul Anwar Deris, 40.

“Bagi memastikan semua bahan yang diperap benar-benar diserap di dalam lemak dan daging, ia memerlukan masa selama 12 jam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia