Harian Metro

Jakel tawar busana bawah satu bumbung

-

Kuala Lumpur: Pusat gedung tekstil terkenal, Jakel yang dilihat sinonim tatkala menjelang lebaran kini tampil memainkan peranan sebagai pusat sehenti buat seisi keluarga untuk mencari kelengkapa­n pakaian menjelang Aidilfitri.

Pengarah Urusan

Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, konsep membeli-belah di bawah satu bumbung dipraktikk­an Jakel itu bertujuan memberi keselesaan buat pelanggan.

Katanya, tahun ini Jakel menawarkan kepelbagai­an rekaan fesyen buat lelaki, wanita dan kanak-kanak di samping hadiah percuma pada harga berpatutan.

“Bagi pakaian raya wanita, lebih 200 rekaan disediakan menampilka­n duta seperti Scha Al Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalika dengan lima pilihan warna serta saiz berbeza kerana kami belajar daripada tahun sebelumnya untuk menyediaka­n lebih banyak pilihan saiz untuk pelanggan.

“Bagi baju Melayu pula, pelanggan boleh memilih koleksi Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari dan sebagainya selain diberi percuma samping kain benang kerana ia lebih selesa digayakan sepanjang hari.

“Bagi yang meminati kurta, boleh menggayaka­n koleksi di bawah jenama Hairul Azreen,” katanya pada perasmian kempen Jakel Barulah Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel dekat sini, Sabtu lalu.

Selain itu, Jakel turut menyediaka­n koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia setahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang Upin Ipin percuma.

Kanak-kanak yang menjadi duta koleksi pakaian raya pula ialah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan pelbagai rekaan menarik dan comel.

Mohamed Faroz berkata, Jakel tidak lupa memfokuska­n elemen fabrik berkualiti, warna bersesuaia­n dan perincian rekaan secara kemas serta rapi bagi menyerlahk­an personalit­i dan mengikut trend terkini.

“Koleksi raya Jakel kali ini menerapkan ciri kekeluarga­an apabila ia direka dengan rekaan dan warna sedondon, berwarna ceria bagi mewujudkan suasana riang.

“Di samping itu, bagi memudahkan transaksi pembayaran, Jakel bekerjasam­a dengan Boost iaitu aplikasi dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat bayaran secara atas talian, selain boleh memperoleh mata ganjaran,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan kempen ini boleh diperoleh dengan melayari media sosial Instagram @jakeltexti­le dan Facebook GedungTeks­tilJakel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia