Harian Metro

Sibuk siapkan 10,000 songkok

-

Kota Bharu: Seorang pengusaha songkok menerima hampir 10,000 tempahan sempena Aidilfitri tidak lama lagi daripada pelanggan seluruh negara.

Nurhayati Abu Bakar, 40, yang juga generasi ketiga dalam perusahaan songkok milik keluargany­a berkata, dia bersama tujuh pekerja sibuk sejak awal Ramadan untuk menyiapkan tempahan.

Menurutnya, tempahan diterima sejak tiga bulan lalu daripada pelanggan bukan saja dari Kelantan malah seluruh negara.

“Songkok yang kami hasilkan berbeza kerana mementingk­an kualiti dan keselesaan pemakai selain menggunaka­n kain baldu berkualiti tinggi.

“Songkok ini dijual pada harga antara RM24 sehingga RM190 setiap satu bergantung kepada saiz dan kualiti kain yang digunakan.

“Pada awal Ramadan ini tempahan yang diterima berlipat kali ganda berbanding hari biasa sehingga saya dan pekerja tidak dapat bercuti bagi menyiapkan permintaan pelanggan,” katanya ditemui di kedai songkok miliknya di Jalan Temenggong di sini, semalam.

Nurhayati berkata, proses paling rumit dalam pembuatan songkok adalah lilitan kain baldu yang memerlukan pekerja mahir dan sukar mencari mereka yang pandai membuatnya.

“Kain perlu dililit dan dijahit dengan teliti dan kesabaran kerana ini adalah proses utama bagi menghasilk­an songkok yang kemas dan selesa dipakai.

“Proses lain adalah membuat tempurung songkok yang mana kami menggunaka­n kain dan kertas untuk menghasilk­annya dalam pelbagai saiz,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia