Harian Metro

Sinar harapan

- Muhammad Saufi Hassan saufi@nstp.com.my

 Warga emas bersama dua cucu tinggal dalam rumah tidak terurus raih simpati

Prihatin terhadap nasib seorang warga emas yang hidup dalam keadaan daif serta tidak terurus, Persatuan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Malaysia menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban wanita itu.

Presiden UNGGAS Malaysia Kamaruddin Kassim berkata, wanita terbabit, Ramlah Saad, 70, tinggal bersama dua cucunya masing-masing berusia 13 tahun dan hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

Menurutnya, wanita itu tinggal di Sungai Petani, Kedah bersama dua cucunya dalam keadaan rumah yang uzur.

“Berdasarka­n pemerhatia­n kita, keluarga ini tinggal dalam keadaan serba kedaifan. Rumah mereka pula tidak seperti orang lain, keadaan rumah tidak terurus dan pelbagai lagi masalah. “Saya bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain berasa terpanggil untuk membantu wanita ini. Kami membersihk­an rumah warga emas ini kelmarin dan menyerahka­n bantuan dalam bentuk keperluan harian.

“Kami melihat aspek bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini memandangk­an dua cucu wanita ini sepatutnya bersekolah,” katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya berhasrat menghantar dua cucu wanita ini ke pusat penjagaan anak yatim di Sik, Kedah.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya cuba berunding dengan waris yang berhak ke atas cucu wanita ini dan jika tiada halangan, proses penghantar­an mereka ke rumah anak yatim diteruskan.

Beliau berkata, itu antara jalan penyelesai­an terbaik untuk cucu wanita terbabit mendapat semula pendidikan formal di sekolah.

“Kami kumpul semua dokumen wanita ini dan berusaha bekerjasam­a dengan beberapa agensi kerajaan dalam mendapatka­n bantuan.

“Semua perkara itu kami akan lihat secara terperinci. Ia penting supaya wanita dan cucunya dapat hidup sama seperti orang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia