Harian Metro

Ganjaran 1,390 kebaikan

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

 Klinik Al-Fatihah sedia tawaran tambah pahala mantap bacaan surah Al-Fatihah

Hanya dua minit untuk mendapat 1,390 ganjaran kebaikan. Itu tawaran diberikan khas buat penumpang di ruang legar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, untuk menambah pahala sempena Ramadan ini.

Tawaran itu diberikan khusus buat penumpang beragama Islam yang mahu memperbetu­lkan serta memantapka­n lagi bacaan surah Al-Fatihah, menerusi program Klinik Al-Fatihah dijayakan dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Ketua Imam Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Yahya Mahyuddin Utoh Said, 33, berkata, surah Al-Fatihah mempunyai 139 huruf, dengan setiap satu huruf dijanjikan 10 ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.

“Jika seseorang itu kerap membaca Al-Fatihah bermaksud dia memperoleh 1,390 ganjaran dijanjikan oleh Allah SWT, tetapi jika bacaannya salah maka ia adalah sia-sia saja.

“Berikutan itu kami menganjuka­n Klinik Al-Fatihah ini secara percuma khas untuk mereka yang mahu menyemak dan membetulka­n bacaan Al-Fatihah mereka agar ia lebih sempurna,” katanya ketika ditemui di Stesen LRT Masjid Jamek, semalam.

Beliau berkata, klinik percuma itu dibuka setiap hari bermula jam 2 hingga 4 petang kecuali Jumaat manakala Sabtu dan Ahad dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan petang beroperasi seperti biasa.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kami bersungguh-sungguh mahu membetulka­n bacaan Al-Fatihah. Faktor utama kami lakukan perkara ini adalah kerana Al-Fatihah bermaksud pembukaan kerana surah inilah dibuka dan bermulanya al-Quran.

“Al-Fatihah juga ibu segala setiap 114 surah dan sangat penting dalam solat lima waktu, jika bacaan surah ini sempurna maka sempurnala­h solat kita,” katanya.

Katanya, Al-Fatihah juga surah yang pertama diturunkan dengan lengkap antara surah yang ada dalam al-Quran.

“Menerusi pemerhatia­n kami, ada individu yang mengimamka­n solat di surau pusat beli-belah dan ketika menjadi makmumnya, kami dapat mendengar bacaan surah Al-Fatihah ini tidak betul.

“Bacaan itu juga kurang sempurna daripada segi tajwid, makraj selain sebutan huruf yang tidak tepat,” katanya.

Pembantu imam masjid yang juga tenaga pengajar Muhammad Farhan Nasharuddi­n, 25, berkata, klinik Al-Fatihah itu mendapat sambutan amat menggalakk­an iaitu mencecah 30 orang walaupun beroperasi hanya dua jam.

“Pelbagai lapisan usia yang datang kepada kami dan kebanyakan adalah remaja yang mahu memperbetu­lkan bacaan Al-Fatihah masing-masing,” katanya.

Manakala Ketua Bilal masjid itu, Nor Azaruddin Ahmad, 33, berharap orang ramai mengambil kesempatan sepanjang bulan Ramadan ini untuk memantapka­n ibadat dan membaca al-Quran.

“Ini antara amal jariah kami dalam membantu orang lain dan inisiatif ini dilakukan secara percuma, semoga orang ramai mendapat manfaat daripadany­a.

“Jika ada kelapangan waktu, kami juga mendengar dan membetulka­n bacaan surah lain namun keutamaan lebih kepada Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, seorang penumpang, Shafiqah Mohd Radhi, 25, berkata, inisiatif berkenaan sangat bagus dan patut diteruskan di bulan biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia