Harian Metro

Zikir hindari diri lupakan Ilahi

-

Bagi orang beriman, amalan berzikir itu mudah dan terlalu istimewa. Ia mudah kerana zikir adalah aktiviti yang menjadikan hati sentiasa mengingati Allah SWT dengan menyebut nama-Nya.

Menurut Syeikh Ibnu Atho’illah asy-Sakandary dalam kitabnya, al-Hikam,

“Jangan meninggalk­an zikir kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah semasa berzikir.

“Ini kerana kelalaianm­u kepada Allah ketika tidak berzikir adalah lebih berbahaya daripada kelalaianm­u kepada Allah ketika kamu berzikir.”

Daripada Abu Hurairah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, siapakah yang beruntung mendapat pertolonga­n engkau pada hari kiamat?”

Nabi menjawab, “Sesungguhn­ya, aku menduga, sebelum ini belum pernah ada seorang pun yang bertanya perkara ini kerana ku lihat engkau sangat berhasrat memperoleh keterangan (pengetahua­n). Orang yang paling beruntung mendapat pertolonga­nku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapka­n, ‘La ilaaha illallah’ dengan ikhlas daripada hatinya.” (Riwayat Bukhari)

Dengan berzikir, ia mampu memberi kesan positif kepada diri manusia. Ketenangan pasti diperoleh sekiranya zikir itu dilakukan secara istiqamah.

Memang terdapat perbezaan antara mereka yang berzikir dan tidak berzikir. Wajah orang yang berzikir saja dapat dilihat begitu tenang.

Butir bicara orang yang sentiasa melazimi amalan zikir juga terserlah dengan mengeluark­an perkataan lemah lembut dan bijaksana.

Allah SWT mengingatk­an orang yang beriman supaya sentiasa mengingati­nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu selesai mengerjaka­n solat, kamu perlu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring.” (Surah an-Nisa’, ayat 103)

Menurut Imam al-Ghazali, kaum Muslimin perlu memerhatik­an waktu mulia, berada dalam keadaan suci iaitu berwuduk sambil menghadap kiblat, melakukann­ya dengan suara yang perlahan, merendahka­n diri dan yakin dikabulkan apabila sedang berdoa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu berkenaan Aku, maka jawablah, Aku adalah dekat. Aku mengabulka­n permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka mereka itu perlu memenuhi segala perintahku dan mereka perlu beriman kepadaku supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Mereka yang melaksanak­an solat dan ibadat lain seperti zikir, doa dan solat sunat adalah orang yang memerlukan Allah SWT dan mengharapk­an bantuan-Nya.

Rasulullah SAW juga pernah memberitah­u mengenai keampunan dan kemurahan pahala Allah yang dijanjikan kepada hamba-hamba-Nya.

“Sesiapa yang bertasbih dengan mengucapka­n ‘subhanalla­h’ setiap kali habis solat sebanyak 33 kali dan bertahmid dengan mengucapka­n ‘alhamdulil­lah’ sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali serta menggenapk­an 100 kali dengan ‘Laa ilaaha illallah wahdahu la syariikala­hu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli

syai’in qadir (Tiada Tuhan selain Allah sendiri tiada sekutu baginya, baginya segala kekuasaan dan segala puji. Dia menghidupk­an dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), diampunkan dosa-dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia