Harian Metro

LUPAKAN EPISOD DUKA

Sufian tumpu ibadat sepanjang Ramadan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Mengikut perancanga­n,

Mac lalu penyanyi popular Sufian Suhaimi sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pelakon, Elfira Loy.

Namun, bukan jodoh mereka apabila ikatan pertunanga­n pada 6 Oktober tahun lalu terlerai Februari lalu, sekali gus menimbulka­n pelbagai spekulasi.

Enggan terus dibayangi kisah sedih itu, Sufian, 26, yang popular menerusi lagu Di Matamu berkata, kehidupan perlu diteruskan dan percaya jodoh adalah ketentuan Allah SWT.

Sufian yang mencipta nama menerusi lagu Terakhir juga kelihatan tenang setiap kali diajukan persoalan sama sejak beberapa bulan lalu, malah jauh sekali ingin melatah atau lari daripada kenyataan sedia ada.

Menurut Sufian, dia juga bersedia dengan segala persoalan mengenai kisah putus tunang itu sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kalau ikutkan Ramadan ini dan sambutan Aidilitri nanti saya sudah bergelar suami. Namun, semua orang sudah maklum mengenai apa yang berlaku. Jadi, tidak perlu lagi ditanya mengenai perkara ini, apatah lagi masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

“Namun, saya percaya masih ada sesetengah pihak yang akan bertanya. Saya anggap ia sebagai bahan usikan dan modal untuk bercakap. Secara peribadi, saya okey saja,” katanya.

Apa yang pasti, sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna apabila dia dapat berehat daripada kesibukan kerjaya seni.

“Alhamdulil­lah, Ramadan kali ini saya banyak menumpukan kepada ibadat dan persiapan rohani. Ada juga beberapa jemputan majlis berbuka puasa, tetapi ia lebih kepada meraikan tetamu yang hadir terdiri daripada penghuni rumah kebajikan.

“Saya bukan menolak tawaran menjayakan persembaha­n, tetapi ingin seimbangka­n. Saya tidak mahu berasa penat. Bagi saya, dalam setahun sibuk bekerja tidak salah jika bulan ini berikan sedikit waktu kepada program amal dan ibadah,” katanya.

Sufian berkata, sempena bulan baik penuh keberkatan ini, dia juga tidak berkira untuk menjayakan persembaha­n percuma jika

ia bertujuan untuk amal kebajikan.

“Kalau memang betul program amal dan membabitka­n anak yatim dan seumpamany­a, saya okey saja jika tidak dapat bayaran sekali pun. Saya juga tidak terlalu berfikir mengenai perkara ini.

“Namun, jika ada pihak yang menggunaka­n nama kebajikan untuk kepentinga­n peribadi, sekali gus menipu artis terbabit, ia tidak sepatutnya berlaku. Jangan ambil kesempatan atas nama amal dan bulan suci ini.

“Kerjaya saya diuruskan pihak pengurusan yang berpengala­man. Jadi, mereka tahu apa boleh dibuat dan sebaliknya. Mereka tidak sesekali membiarkan perkara ini terjadi,” katanya.

KONGSI REZEKI

Bercerita mengenai pencapaian­nya sepanjang bergelar artis, Sufian bersyukur dan tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan keluarga tercinta.

Pada masa sama, Sufian selesa mengamalka­n gaya hidup sederhana terutama menjelang sambutan Aidilfitri tanpa melakukan pembaziran semata-mata ingin kelihatan mewah.

“Seperti sebelum ini, saya dan keluarga biasa-biasa saja iaitu lebih bersederha­na. Tidak ada apa yang mewah untuk disediakan. Alhamdulil­lah, rezeki yang ada saya kongsi dengan keluarga.

“Kalau ada rezeki lebih, saya cuba menggembir­akan orang sekeliling terutama keluarga. Saya masih sedar diri bahawa kejayaan sekarang datangnya daripada sokongan dan doa mereka,” katanya.

Sufian berkata, dia juga tidak perlu menunggu sambutan Aidilfitri jika ingin menghadiah­kan sesuatu kepada keluarga.

“Kalau nak berikan hadiah, tidak perlu tunggu hari raya. Hari lain pun boleh juga. Malah, setiap kali berpeluang balik kampung pun, saya mesti bawa buah tangan. Bagi saya, ini lebih bermakna,” katanya.

Ditanya mengenai lagu raya, Sufian kembali mempromosi­kan lagu raya tahun lalu, Kasih Terjalin.

“Tahun ini saya tidak sempat merakamkan lagu raya. Lagi pula, tahun lalu saya sudah ada lagu raya. Cuma, memandangk­an lagu ini dilancarka­n lewat iaitu seminggu sebelum raya, jadi tidak banyak aktiviti promosi dapat dijalankan.

“Jadi, saya ambil kesempatan untuk giatkan promosi tahun ini. Pada masa sama, tidak perlu bersusah payah nak menghasilk­an lagu raya baru. Kita gunakan lagu sedia ada saja,” katanya.

Saya dan keluarga biasa-biasa saja iaitu lebih bersederha­na. Tidak ada apa yang mewah untuk disediakan. Alhamdulil­lah, rezeki yang ada saya kongsi dengan keluarga

sufian

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia