Harian Metro

NABILA MENANGIS RINDU KELUARGA

Pengalaman pertama Nabila berpuasa di luar negara

- - Najiy Jefri

Kali pertama berjauhan dengan keluarga membuatkan penyanyi Nabila Razali gagal mengawal emosi hingga menitiskan air mata.

Nabila yang kini berada di Turki bagi menjalani penggambar­an drama terbaru Cintaku Di Bumi Izmir mengaku amat merindui keluargany­a selepas hampir dua minggu meninggalk­an mereka.

“Saya menangis kerana terlalu rindukan keluarga di tanah air. Air mata saya tiba-tiba mengalir apabila panggilan video yang dibuat tidak dijawab kerana waktu di Malaysia ketika itu sudah lewat malam.

“Hampir setiap hari saya akan menghubung­i keluarga untuk bertanya khabar. Bayangkan setiap kali dapat mendengar suara mereka, saya pasti sebak dan tak sabar nak pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nabila, selain berjauhan dengan keluarga tercinta, dia turut merasai pengalaman berpuasa buat kali pertama di luar negara.

“Saya akan berada di sini hingga minggu ketiga puasa. Ini pengalaman kali pertama saya berpuasa selama 17 jam.

“Alhamdulil­lah, tak ada rasa lapar sangat sebab mungkin sibuk nak habiskan penggambar­an dan tak fikir soal makan,” katanya.

Baru-baru ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu Pematah Hati itu menerima teguran netizen mengenai tudungnya yang dipakai singkat menerusi video ucapan selamat berpuasa.

Tidak menyedari dirinya dikecam, Nabila berkata, dia akan cuba memperbaik­i diri menjadi lebih baik.

“Saya terima semua teguran daripada netizen. Saya hanya sekadar ingin mengucapka­n selamat berpuasa kepada peminat dan tiada niat lain.

“Insya-Allah saya akan cuba perbaiki mana yang salah dan menjadi lebih baik,”katanya.

Enggan mengulas lebih panjang, Nabila memohon maaf jika ada menguris hati mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara ini. Takut nanti ada yang salah anggap dengan kenyataan saya.

“Saya minta maaf kepada semua. Saya berharap semua peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya, insyaAllah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Nabila berkata, dia masih menunggu lagu yang bersesuaia­n dengan dirinya selepas single Pematah Hati mendapat sambutan luar biasa.

“Jujur bukan mudah untuk mencari lagu yang mampu menandingi lagu Pematah Hati. Ramai komposer sudah saya jumpa dan berharap ada lagu yang sesuai dengan krakter dan vokal saya,”katanya.

Saya terima semua teguran daripada netizen. Saya hanya sekadar ingin mengucapka­n selamat berpuasa kepda peminat dan tiada niat lain

NABILA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia