Harian Metro

‘Televisyen’ zaman silam

-

Menurut Tokoh Wayang Kulit Malaysia, Che Mohd Nasir Yusoff, wayang kulit berasal dari Tumpat diasaskan seorang penganut agama Buddha dikenali sebagai Tok Erok.

Namun tiada catatan dokumen berkenaan Tok Erok dan difahamkan beliau mempunyai 15 generasi hingga ke hari ini.

Pemain wayang kulit, Kamarul Baisah Hussain, 35, pula berkata, wayang kulit dimainkan Tok Dalang di sebalik kain layar berwarna putih yang di belakangny­a bersuluh lampu elektrik atau lampu minyak.

Beliau berkata, Tok Dalang akan menggerakk­an pelbagai patung yang diukir daripada kulit haiwan berdasarka­n watak tertentu.

“Patung ini akan ditayangka­n di belakang kain layar putih bagi membolehka­n penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayanganny­a.

“Meskipun identiti Tok Dalang tidak diketahui, tiada siapa dapat menafikan kehebatann­ya kerana mampu menuturkan pelbagai gaya suara mengikut watak yang ada dalam setiap persembaha­n.

“Persembaha­n’ suara

Tok Dalang mengikut watak sememangny­a menghiburk­an dan mencuit hati sesiapa saja yang mendengarn­ya hingga membuatkan penonton tidak kering gusi,” katanya.

Katanya, persembaha­n

Tok Dalang akan dibantu kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh pemain alat muzik seperti geduk, gendang, gedombak, canang, kesi, gong dan serunai.

Beliau yang juga pensyarah Pusat Seni Tradisiona­l Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkata, setiap peralatan itu mempunyai pasanganny­a seperti geduk ibu dan anak, canang ibu dengan anak kecuali kesi yang tiada pasangan.

“Lazimnya cerita yang dimainkan dalam wayang kulit dipetik daripada koleksi cerita epik Ramayana dan Mahabrata.

“Watak popular ialah

Seri Rama, Siti Dewi dan Hanuman,” katanya dan menambah, wayang kulit dimainkan pada waktu malam.

Katanya, ini kerana suatu masa dulu wayang kulit berperanan seperti televisyen. Peranan itu semakin berkuranga­n selepas kemunculan televisyen yang mempunyai pelbagai siaran menarik.

Kamarul Baisah berkata, wayang kulit dipersemba­hkan di panggung terbuka yang didirikan di kawasan lapang dan sebelum ini pernah dikaitkan dengan unsur khurafat.

“Bagaimanap­un, kini pemain wayang kulit memilih berdoa untuk kelancaran persembaha­n bagi mendapat keredaan Allah.

“Bagi cerita yang panjang,

Cerita dalam wayang kulit dipetik daripada koleksi epik

Ramayana dan Mahabrata

wayang kulit ini akan dipersemba­hkan hingga sebulan kerana kisahnya bersambung-sambung.

“Sementara itu, cerita ranting (pendek) pula biasanya dipersemba­hkan antara satu hingga tiga hari selama dua jam pada satu malam,” katanya.

Berbicara lebih lanjut, Kamarul Baisah berkata, terdapat empat jenis wayang kulit di negara ini iaitu wayang kulit Kelantan atau Siam, wayang kulit Melayu di Kelantan, wayang kulit dedek (Kedah) dan wayang kulit purwa (Johor).

Bagaimanap­un katanya, hanya wayang kulit Kelantan saja yang masih bertahan hingga ke hari ini kerana seni tradisiona­l terbabit masih mempunyai ‘pewaris.’

“Ini kerana cara

 ??  ?? GEDUK TERDAPAT 200 watak wayang kulit.
GEDOMBAK
KESI
GEDUK TERDAPAT 200 watak wayang kulit. GEDOMBAK KESI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia