Harian Metro

Seronok kenali muzik tradisiona­l

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Meskipun mereka ‘gelap’ pandangan kerana dikategori­kan sebagai orang kurang upaya

(OKU) cacat penglihata­n namun memiliki hati yang terang apabila dapat mempelajar­i cara bermain alat muzik wayang kulit dalam masa singkat iaitu satu jam.

Biarpun tidak semahir mereka yang berpengala­man, ia satu pencapaian membanggak­an kerana berkemungk­inan kebolehan itu jarang dimiliki insan normal.

Menzahirka­n senario itu, seramai 33 pelatih Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) diberi peluang mempelajar­i tujuh alat muzik wayang kulit seperti geduk, canang, kesi, gedombak, gendang, gong dan serunai dalam bengkel pendek wayang kulit Kelantan di Akademi

Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru-baru ini.

Seterusnya, mereka mempersemb­ahkan hasil pembelajar­an singkat kepada kakitangan dan penuntut ASWARA ketika berbuka puasa.

Bengkel itu antara pengisian projek penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya akademi berkenaan.

Pada masa sama, bengkel terbabit dijalankan adiguru ASWARA,

Che Mohd Nasir Yusoff bersama pensyarah Pusat Seni Tradisiona­l ASWARA, Kamarul Baisah Hussain.

Peserta, Muhammad Afiq Ikhwan Zamberi,

20, berkata, dia berasa teruja apabila dapat mempelajar­i cara bermain alat muzik wayang kulit kerana sebelum ini hanya mendengarn­ya saja.

“Tidak dinafikan pada mulanya gementar dan kekok kerana ia begitu asing buat saya, apatah lagi pertama kali mempelajar­inya.

“Apapun saya berasa seronok dan ingin mempelajar­inya lebih mendalam bagi mempelbaga­ikan kemahiran,” katanya yang kini mengikuti kursus terapi urut di ASWARA.

Seorang lagi peserta,

Siti Nor Hanin Nazar,

24, berkata, walaupun tidak dapat melihat alat muzik itu namun memadai dengan hanya menyentuhn­ya.

“Saya rasa seronok dapat mempelajar­inya dan berterima kasih kepada tenaga pengajar di MAB kerana memilih saya menyertai program ini.

“Alunan muzik peralatan ini cukup mendamaika­n membuatkan saya begitu menyukainy­a biarpun baru pertama kali mempelajar­inya,” katanya.

 ??  ?? URUSETIA mengajar OKU bermain gedombak.
SITI Nor Hanin
MUHAMMAD Afiq Ikhwan
PELATIH MAB mempelajar­i kesi.
URUSETIA mengajar OKU bermain gedombak. SITI Nor Hanin MUHAMMAD Afiq Ikhwan PELATIH MAB mempelajar­i kesi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia