Harian Metro

MANIS DIPANDANG

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Dalam keceriaan mengerjaka­n ibadat puasa, mungkin ramai wanita sudah mula merangka persediaan kecil untuk tampil lebih menawan pada pagi Aidilfitri.

Selain mencari busana indah, selendang dan sepatu untuk digayakan, ada juga yang mula mengintai jenis solekan sesuai bagi menaikkan lagi seri wajah.

Lazimnya, wanita yang baru pertama kali menyambut lebaran sebagai ibu, isteri atau tunangan orang yang lebih bersemanga­t untuk berhias sepanjang Aidilfitri. Penting untuk mereka mengenakan solekan sesuai bagi memastikan penampilan serba lengkap pada pagi Syawal.

Solekan pagi raya biasanya bersifat ala kadar tetapi nampak segar dan berseri

Andai dulu, jenis solekan tebal menjadi pilihan dengan alasan ramai tetamu berkunjung dan mahu keluar menziarahi keluarga. Namun kini, dengan kepelbagai­an produk kosmetik di pasaran, wanita lebih bijak menentukan gaya solekan.

Menurut jurusolek bebas, Siti Nor Sehanie Buang (CtNs), solekan manis sudah memadai untuk melengkapk­an gaya pada lebaran nanti. Tidak perlu warna terang, hiasan mata smokey, celak hitam pekat atau gincu menyerlah.

“Solekan pagi raya biasanya bersifat ala kadar tetapi nampak segar dan berseri. Begitu juga dengan solekan untuk bertandang ke majlis rumah terbuka. Seeloknya, biarlah nampak manis.

“Ramai yang bertanya mengenai pemilihan warna untuk tampil menawan di rumah terbuka. Bagi saya, usah bersolek keterlalua­n, kurangkan ton gelap dan terang seperti hitam, biru, hijau atau ungu untuk bahagian mata.

“Biasanya, rumah terbuka dibuat di kediaman dan jarang diadakan di dewan atau hotel. Jadi, tidak perlulah untuk berlebihle­bih. Gunakan asas warna tanah dan semula jadi supaya nampak lebih manis dan sopan.

“Jika boleh, elakkan pemakaian bulu mata palsu. Gandakan sapuan maskara untuk menonjolka­n solekan dan bentuk mata. Sementara untuk bibir, pilih gincu merah jambu semula jadi” katanya.

Selain pemilihan warna, Siti Nor Sehanie turut mengingatk­an wanita supaya melembapka­n kulit dengan sempurna sebelum mengenakan sebarang solekan.

Asas lembapan kulit yang baik katanya, membantu solekan kekal lebih lama dan tidak merekah.

Ikuti langkah demi langkah cadangan solekan untuk berkunjung ke rumah terbuka sepanjang lebaran nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia