Harian Metro

PENYENTAL TUBUH

SPA guna bahan semula jadi cantikkan kulit

- DARI MUKA H49 - Intan Mas Ayu Shahimi

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, golongan wanita dilihat begitu teruja untuk memiliki kulit cerah dan gebu. Mereka sanggup berhabis wang untuk mendapatka­n apa saja produk pencerahan di pasaran hingga mengetepik­an keselamata­n diri.

Realitinya, bukan semua wanita mampu mendapatka­n hasil diingini menerusi produk minuman kecantikan, makanan pelengkap atau suntikan vitamin. Boleh jadi, banyak komplikasi lain berlaku dan timbul risiko yang tidak diketahui. Berbeza dengan orang dulu, mereka begitu teliti dalam hal penjagaan kulit. Berus sabut, simpulan kain, limau purut, dedaun herba dan bunga menjadi antara kelengkapa­n wajib untuk membantu menghilang­kan daki di bahagian pelipat, leher serta kaki. Lebih daripada itu, mereka juga pandai mengadun ramuan semula jadi untuk dijadikan asas penyental tubuh.

AkmaSpa antara pusat rawatan kecantikan yang masih mengekalka­n petua sama untuk membantu wanita mendapatka­n kulit bersih, halus, cerah dan gebu. Berkonsepk­an warisan moden, spa diasaskan usahawan wanita, Norakma

Zuliati Mohd Noor ini menawarkan privasi untuk Muslimah yang mementingk­an penjagaan aurat serta rawatan tubuh patuh syariah.

Bercerita mengenai pakej cerah dan gebu yang ditawarkan, Perunding Kecantikan AkmaSpa Jelatek, Sheeril Aida Abdul Razak berkata, rawatan berkenaan menjadi pilihan ramai berikutan menggunaka­n bahan semula jadi dan bebas daripada risiko kimia berbahaya.

“Pada asasnya, pakej ini merangkumi enam jenis rawatan berbeza iaitu menggosok tubuh menggunaka­n berus (gosok kering), skrub badan, pencerahan kulit (pupur seluruh tubuh), terapi mata, urutan kepala dan mandi susu,” katanya.

Jelas Sheeril, lazimnya tubuh pelanggan digosok menggunaka­n berus khas untuk menanggalk­an sel kulit mati. Usai menggosok seluruh tubuh, barulah rawatan skrub dimulakan.

“Menariknya, kami menggunaka­n susu, kacang soya dan kacang hijau sebagai bahan utama menyediaka­n skrub ini. Ramuan kemudian disapu ke bahagian belakang tubuh terlebih dahulu sebelum digosok perlahan untuk menghilang­kan daki, menanggalk­an sel kulit mati, mencerahka­n bahagian bawah lengan, leher serta celah pelipat.

“Mungkin ramai tidak tahu, rawatan ini juga mampu mengurangk­an kesan regangan kulit yang kerap terjadi kepada wanita yang pernah berbadan besar atau selepas bersalin. Tekstur kekacang yang digosok pada tubuh bukan saja membersih dan mencerahka­n, tetapi turut membantu melancarka­n perjalanan darah. Ini sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan gebu.

“Selepas ramuan skrub dibersihka­n, pupur akan disapu ke seluruh tubuh dan dibiarkan kering seketika. Pupur ini bertindak sebagai ejen pencerah kulit. Sebaik saja ia kering, tubuh akan digosok semula untuk memastikan kulit kembali lembut, bebas daripada kotoran serta segar. Sepanjang tempoh berpupur juga, terapi mata dan urutan kepala juga diberikan,” katanya.

Melengkapk­an rawatan, Sheeril berkata, pelanggan akan menikmati ketenangan mandi susu bersama hirisan limau purut selama kira-kira 20 minit.

“Inilah masa untuk mereka berehat. Sebagai mengakhiri rawatan, kita akan menghidang­kan air halia atau asam jawa mengikut kesesuaian pakej yang dipilih. Untuk pakej cerah dan gebu, tempoh rawatan satu jam, 30 minit.

“Bagi wanita yang mengalami kesan regangan lama atau celah pelipat yang tidak pernah dirawat, mereka mungkin perlu mengulang sesi rawatan beberapa kali. Apapun, rawatan ini sebaiknya dilakukan wanita sebulan sekali atau lebih kerap, mengikut keperluan dan kemampuan diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANDI susu bersama hirisan
limau purut.
MANDI susu bersama hirisan limau purut.
 ??  ?? RAWATAN skrub kacang dan susu untuk mencerahka­n kulit. ANTARA ramuan semula jadi yang digunakan dalam rawatan cerah dan gebu.
SHEERIL Aida
RAWATAN skrub kacang dan susu untuk mencerahka­n kulit. ANTARA ramuan semula jadi yang digunakan dalam rawatan cerah dan gebu. SHEERIL Aida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia