Harian Metro

Si cantik menawan

-

platform digital pada masa akan datang.

Ketika gadis seusianya tidak mengambil berat soal penjagaan alat solek dan kesan solekan, Sharifah Rose Sabrina memastikan perkara yang dianggap remeh itu menjadi antara keutamaan penting buat dirinya.

“Untuk wajah sentiasa dalam keadaan baik, saya akan pastikan muka dalam keadaan betul-betul bersih sebelum mula bersolek. Selain itu, saya juga akan mencuci kelengkapa­n solekan seperti berus mengikut keperluan supaya kekal bersih.

“Selebihnya, sama seperti orang lain yang engenakan mekap, aya juga akan pastikan muka icuci bersih untuk mengelakka­n liang pori tersumbat. Bagi Sharifah

Rose Sabrina, etua untuk endapatkan wajah berseri sentiasa berkait rapat dengan pemakanan seimbang dan tidur yang cukup.

“Jadi, kalau belajar dan pada masa sama bekerja, mungkin agak susah untuk tidur awal. Begitupun, saya akan cuba dapatkan tidur yang secukupnya,” katanya.

Tambahnya, dia percaya bahan semula jadi sentiasa menjadi pilihan terbaik kerana kurang pengaruh kimia yang boleh memudaratk­an kulit dalam jangka panjang.

“Mungkin kita tidak nampak kesannya sekarang, tetapi dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita akan lihat kulit lebih cepat menjadi tua. Jadi, sebaiknya kurangkan penggunaan pelbagai produk penjagaan yang mudah dibeli di pasaran. Kekalkan pembersih wajah, penyegar dan pelembap saja.

“Saya juga meminjam petua emak yang mengamalka­n pengambila­n madu pada pagi dan malam sebelum tidur. Sebagaiman­a diketahui umum, madu memang mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan juga kecantikan,” katanya.

Sharifah Rose Sabrina guna produk daripada bahan semula jadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia