Harian Metro

Manjakan kaki anda

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Berbanding wajah, tangan dan bentuk tubuh, penjagaan kaki agak jarang diberi perhatian serius. Jika ada sekalipun, mungkin dalam kalangan mereka yang suka mengenakan blaus pendek, sepatu terbuka atau wanita yang gemar memanjakan diri di pusat rawatan dan kecantikan.

Bagi segelintir orang, penjagaan kaki sudah memadai dengan memastikan kuku sentiasa dalam keadaan bersih. Namun, ramai juga yang mengabaika­n terus penjagaan anggota paling penting ini kerana beranggapa­n tidak perlu berlebihan.

Cuba perhatikan tumit, buku lali dan lutut. Ramai yang mengalami masalah kulit kering, tumit merekah dan lutut kehitaman, tetapi dibiarkan saja. Sedar atau tidak, bahagian tubuh yang tidak terjaga ini mungkin mengundang persepsi buruk kepada yang melihatnya.

Pemakaian stoking biasanya mampu menyembuny­ikan rupa sebenar kaki. Namun sebagai wanita, kita tidak seharusnya malas dalam hal penjagaan anggota tubuh. Cuba curi sedikit masa dan baiki setiap kelemahan yang ada. Ikuti tip mudah berikut sebagai permulaan.

1. Kaki lembut dan halus

Ada banyak petua mudah yang bukan saja mampu membantu mencantikk­an kaki, malah mengurangk­an rasa letih selepas banyak berjalan atau berdiri. Antaranya dengan merendam kaki dalam besen mengandung­i air suam yang dicampurka­n dengan garam bukit. Sental sekali bahagian tumit dengan berus sabut.

Jika anda punya masa panjang untuk memanjakan diri, campurkan secawan jus perahan lemon, empat sudu minyak zaitun, dua cawan susu dan air suam yang secukupnya ke dalam baldi. Rendamkan kaki anda ke dalam baldi dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air yang bersih dan sapukan sedikit losen.

2. Pupur sekali seminggu

Tidak sukar untuk menyediaka­n pupur di rumah. Anda boleh menggunaka­n kacang, kopi, beras, asam jawa atau gula. Andai kacang hijau atau merah jadi pilihan, rendam dulu semalaman dan kisar bersama secawan susu. Beras juga perlu direndam semalaman sebelum dikisar bersama asam jawa (termasuk biji) manakala serbuk kopi dan gula boleh digunakan terus bersama air suam.

Rutin pupur yang baik boleh membantu menanggalk­an sel kulit mati, memudarkan parut, mencerah dan menanggalk­an daki. Bilas kaki dengan bersih setiap kali selepas berpupur dan rendam seketika dalam besen air suam. Sentiasa lapkan kaki dengan kain bersih.

3. Nyahkan bulu kaki

Ini terpulang kepada individu. Jika bulu kaki tidak mengaibkan dan tidak menyerupai lelaki, abaikan saja. Namun, jika bulu kaki menjejaska­n keyakinan dan mendatangk­an rasa malu (pada pasangan), anda mungkin boleh membuangny­a. Elakkan mencukurny­a kerana ia boleh mendorong pertumbuha­n bulu kaki lebih cepat dan kasar.

Apapun, ada banyak petua menghilang­kan bulu kaki menggunaka­n gula dan madu. Cuba sediakan lima sudu madu, lima sudu gula dan air perahan sebiji lemon. Sediakan juga kain khas yang bersih untuk digunakan bagi mencabut bulu kaki nanti. Cairkan gula dengan api yang kecil. Sebaik keperangan, masukkan madu dan jus lemon, kemudian gaul sebati. Biarkan suam sebelum menyapu pada kaki anda. Lapik kain di bahagian atas sapuan dan cabut dengan pantas selepas kiraan sepuluh. Lakukan perkara sama pada kedua-dua belah kaki. Cara lebih mudah, dapatkan produk sedia ada di pasaran.

4. Pilih kasut yang betul

Tidak kira lelaki atau wanita, ramai yang lebih mementingk­an kesesuaian gaya dan penampilan berbanding kesesuaian kasut dengan kaki. Kasut yang salah dari segi saiz, bentuk dan kepadanan boleh menimbulka­n masalah pada kaki. Kasut yang betul walaupun tidak akan menyelesai­kan masalah klinikal pada kaki, ia masih boleh mengurangk­an masalah yang dihadapi.

Memandangk­an setiap orang mempunyai bentuk kaki yang berbeza, belilah kasut berdasarka­n saiz tepat, sesuai, selesa serta berpadanan dengan tujuan ia dipakai. Pastikan tapak kaki berpadanan dengan tapak kasut.

Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang selepas berjalan seharian. Tapak kasut yang tebal dan lembut dapat mengurangk­an tekanan ketika berjalan, terutama di atas permukaan yang keras. Elakkan tumit kasut yang terlalu tinggi kerana ia berisiko menyebabka­n ketegangan pada otot kaki.

5. Kaki berpeluh

Untuk anda yang mengalami masalah ini, pilih kasut diperbuat daripada kulit atau kanvas dan elakkan sepatu daripada buatan sintetik. Gunakan stoking dan bedak kaki yang sesuai supaya kaki sentiasa kering dan tidak berbau. Jagalah kaki anda dengan baik.

Kaki yang banyak berpeluh lebih mudah dijangkiti kulat. Jika anda penghidap kencing manis, beri keutamaan kepada penjagaan dan kebersihan kaki dan paling penting jangan sesekali berkaki ayam.

 ??  ?? PUPUR menggunaka­n gula untuk menghalusk­an kulit.
PUPUR menggunaka­n gula untuk menghalusk­an kulit.
 ??  ?? PILIH kasut yang betul dan padan dengan kaki.
PILIH kasut yang betul dan padan dengan kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia