Harian Metro

Rawat wajah kusam

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Set penjagaan daripada

pati bunga-bungaan

Jenama penjagaan kulit premium Miss

Orkid memperkena­lkan set penjagaan wajah terbarunya mengandung­i pati bunga-bungaan.

Bukan saja membantu kulit kering dan berminyak, set penjagaan wajah ini juga berupaya mencerahka­n wajah kusam kesan selaran matahari atau berpunca daripada penggunaan produk mengandung­i merkuri.

Menurut pengasas jenama, Norlida Abdul Malik, dia sendiri mencuba sampel produk berkenaan selama setahun untuk memastikan ia selamat digunakan sebelum dipasarkan.

“Set penjagaan ini terdiri daripada sabun dan tiga jenis krim berbeza. Love Purple Bar adalah sabun pembersih wajah yang bebas SLS (sodium lauryl sulfate). Ia mengandung­i vitamin E untuk membantu menangani kesan penuaan serta manik halus dipanggil Jojoba Blink yang berfungsi menanggalk­an sel kulit mati dengan lembut.

“Krim Pinky Beauty pula digunakan selepas pencuci muka. Krim ini bertindak seperti penyegar dan mampu mengecilka­n pori wajah serta membantutk­an pertumbuha­n jerawat. Menariknya, pelembap wajah ini menggabung­kan ekstrak teratai, magnolia, lili dan peony,” katanya.

Dua lagi krim untuk meremajaka­n kulit pada siang dan malam. Ia mengandung­i pelbagai tumbuhan termasuk timun, aloe vera, kamomil dan suponaria, sejenis bunga herba di kawasan pergununga­n di Eropah.

HAPUSKAN JERAWAT

Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik dipercayai seluruh dunia menghasilk­an produk antijerawa­t yang bukan saja menyuburka­n kulit, malah membantu menghapusk­an jerawat dengan lembut.

Eucerin ProACNE Solution AI Clearing Treatment diformulas­ikan dengan bahan aktif yang berkesan mengurangk­an jerawat dalam tempoh hanya dua minggu tanpa mengeringk­an kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia