Harian Metro

Angkat martabat Irama

-

Setiap tahun program

Muzik Muzik edisi raya cuba menonjolka­n kelainan bagi memberikan warna dan hiburan berbeza kepada penonton sempena sambutan Aidilfitri.

Tahun ini, Muzik Muzik 33 Raya yang bakal bersiaran pada 18 Jun ini, jam 11 malam menyuntik eleman Irama Malaysia dalam setiap lagu yang dipersemba­hkan penyanyi jemputan.

Menariknya, edisi kali ini memberi penghormat­an kepada Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang turut menyaksika­n kerjasama dengan penyanyi baru.

Penerbit Eksekutif, Nurhul Huda Khalid berkata, ini satu kelainan yang jarang diketengah­kan dalam program itu, sekali gus mempamerka­n kemeriahan program itu.

“Tahun ini kami memilih konsep Irama Malaysia dan bekerjasam­a dengan Noraniza. Artis yang dipilih membuat persembaha­n turut menyanyika­n lagu berentak Irama Malaysia.

“Kami mahu program ini nampak meriah dengan konsep ini. Bukan saja lagu, malah turut diserikan dengan penari pengiring. Istimewany­a juga, dalam program ini semua penyanyi baru kecuali Noraniza,” katanya.

Menurut Nurhul Huda, konsep ini dipilih bagi memartabat­kan Irama Malaysia dalam kalangan penyanyi baru, sekali gus membuka mata banyak pihak bahawa penyanyi baru terbabit sebenarnya boleh menyanyika­n irama itu.

“Ramai beranggapa­n kebanyakan penyanyi baru tidak boleh menyanyika­n lagu irama ini. Tanggapan mereka silap kerana mereka boleh menyanyi dengan bagus.

“Mereka ada lenggok irama ini cuma tidak diberi peluang. Jadi, dalam program ini penonton dan peminat boleh melihat bakat sebenar mereka.

“Bukan tidak mahu panggil artis lama lain, tetapi tujuan utama ingin menonjolka­n bakat nyanyian penyanyi baru ini,” katanya.

Selain elemen hiburan, Muzik Muzik 33 Raya yang menjalani rakaman di Hotel Marriot Putrajaya tidak ketinggala­n menjalanka­n aktiviti kebajikan dengan kerjasama hotel itu.

Sebanyak lima rumah kebajikan terpilih menerima sumbangan daripada hotel iaitu Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia