Harian Metro

Harapan baru penggiat seni

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Perubahan Malaysia baru diterajui Pakatan Harapan sejak kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke

14 lalu mula mendapat perhatian penggiat seni tempatan melalui beberapa siri pertemuan mereka bersama pemimpin berkenaan sejak seminggu lalu.

Baru-baru ini, sekumpulan penggiat seni mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang bagi melontarka­n idea dan kritikan.

Dalam pertemuan itu, golongan veteran meluahkan rasa tidak puas hati terhadap fungsi Finas dan keperluan ia dibubarkan bagi memberi ruang kepada sebuah badan baru yang lebih telus.

Golongan muda pula lebih kepada idea untuk memperkuat­kan pengetahua­n serta peluang yang lebih luas untuk mereka berkarya.

Pelakon veteran, Datuk Ahmad Tamimi Siregar membangkit­kan isu harta intelek yang perlu disemak semula berikutan banyak perubahan berlaku di luar kawalan.

“Sebelum ini, produksi ada hak produksi selama dua tahun sebelum boleh dijual ke luar, tetapi nampaknya RTM sudah mulai ikut jejak stesen TV swasta.

“Dari segi bayaran untuk satu-satu produksi juga masih sama sejak 20 tahun lalu. Saya mohon perkara ini dapat dilihat lebih mendalam oleh pihak kementeria­n,” katanya.

Pengkritik filem yang turut dikenali sebagai Bapa Animasi Negara, Hassan Abdul Muthalib berkata, cengkaman politik dalam industri hiburan suatu ketika dulu menjejaska­n perkembang­annya.

Hassan berharap pemimpin baru dapat ketengahka­n aspek kecerdikan filem untuk melihat arah tuju filem yang sebenar.

Jika diwujudkan satu badan baru, dia menawarkan diri untuk terbabit kerana mahu memantau serta memberi komen secara konstrukti­f dari sudut pengalaman dan ilmu dimilikiny­a.

“Saya juga melihat sebelum ini Finas sudah banyak beri perhatian kepada persatuan filem sehinggaka­n setiap kali FFM (Festival Filem Malaysia) berlangsun­g, mesti kecoh!

“PFM (Persatuan Penerbit Filem) tidak boleh masuk campur kerana dipercayai wujud kepentinga­n. Selain itu, agihan dana pula mengeliruk­an kerana ada projek yang sangat baik ditolak permohonan mereka dan apabila saya baca semula skrip, ia sangat bagus,” katanya.

Hassan berkata, adalah penting untuk barisan kepemimpin­an dan warga seni mencari hala tuju terutama untuk memastikan industri ini menyediaka­n kerjaya dalam kandungan kreatif yang lebih cerah buat golongan muda.

Katanya, dasar perfileman negara perlu diperkemas­kan dan diperincik­an semula.

Mewakili generasi baru, pelakon Sharifah Amani berpendapa­t, perlu diwujudkan sebuah majlis seni (Art Council) dan kesatuan seni (Art Union).

Dia bersetuju dengan pendapat untuk membina semula industri, ia perlu bermula semula dari bawah dan semua persatuan seni dibubarkan.

“Saya juga berharap ada siasatan terperinci dilakukan ke atas mana perginya dana berjuta-juta ringgit yang dilaburkan kepada syarikat produksi tertentu, tetapi tidak nampak hasil.

“Ada kes yang dapat dana, tetapi filem langsung tidak keluar hingga hari ini,” katanya.

Pelakon, Iedil Putra pula berpendapa­t, kepemimpin­an baru harus memikirkan penerapan ilmu serta pendidikan dalam industri hiburan agar pelapis akan datang yang memilih kerjaya ini lebih terurus.

Selain itu, komposer dan penyanyi, Loque pula menyuaraka­n ‘Creative is King’, bukan lagi ‘Cash is King’ yang pernah diuaruarka­n segelintir pihak, sebelum ini.

“Saya harap Skim Wajib Tayang (SWT) diperincik­an semula supaya pasaran filem tempatan dapat bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.

“Mungkin juga boleh wujudkan satu panggung untuk menayangka­n filem tempatan saja yang tidak diberi peluang adil oleh pawagam,” katanya.

Selain itu, kebanyakan tetamu yang hadir turut membangkit­kan idea seperti mewujudkan pencen, skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insurans perubatan kepada penggiat seni veteran.

Mereka juga berharap kepemimpin­an seni baru kelak diterajui pemimpin yang mempunyai latar belakang seni, bukan ahli politik semata-mata.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob gembira mendapat banyak input selama pertemuan ini berlangsun­g.

“Finas akan ambil semua cadangan ini sebagai cara untuk mencari jalan penyelesai­an serta membuka lembaran baru dalam industri.

“Tidak dinafikan, segala masalah tidak dapat diselesaik­an secara sendiri, sebaliknya, kena ada usaha yang kolektif,” katanya.

Beliau juga berharap anak seni jangan terus salahkan Finas kerana mereka hanya bekerja di bawah kerajaan semasa.

Pun begitu, beliau bersetuju Pengerusi Finas selepas ini sepatutnya mempunyai pengalaman dalam industri seni dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan perlu bersikap neutral.

“Saya baru setahun enam bulan berkhidmat dengan Finas. Beri saya masa untuk ubah bersama-sama dengan pengkarya seni muda,” katanya.

Pertemuan dengan Ahli

Parlimen Setiawangs­a beri peluang lontar idea,

kritikan

 ??  ?? PENGGIAT seni yang hadir pada pertemuan dengan Ahli Parlimen Setiawangs­a, baru-baru ini.
SABRI Yunus turut melontarka­n pandangan untuk kebaikan penggiat
seni tanah air.
SHARIFAH Amani mewakili generasi baru penggiat seni.
PENGGIAT seni yang hadir pada pertemuan dengan Ahli Parlimen Setiawangs­a, baru-baru ini. SABRI Yunus turut melontarka­n pandangan untuk kebaikan penggiat seni tanah air. SHARIFAH Amani mewakili generasi baru penggiat seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia