Harian Metro

Avril temui cinta baru

- Susunan Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kekasihnya kali ini anak

jutawan terkenal Texas

Patah tumbuh hilang berganti.

Perumpamaa­n ini sesuai buat penyanyi rock Avril Lavigne yang dilaporkan sudah bertemu cinta baru dan yang lebih mengagumka­n, kekasihnya itu adalah jutawan terkenal.

Avril, 33, dikhabarka­n kini bercinta secara rahsia dengan Phillip Sarofim yang juga anak kepada jutawan dari Texas, Fayez Sarofim.

Sumber mengesahka­n kesahihan hubungan berkenaan selepas khabar angin mula tersebar sejak sebulan lalu.

Bagaimanap­un, hubungan Avril dan Phillip dikatakan masih terlalu awal. Mereka baru bercinta kira-kira tiga bulan selepas penyanyi itu putus dengan kekasihnya, penerbit muzik dari Kanada, J R Rotem, tahun lalu.

Pasangan itu mula dilihat bersama pada 24 April lalu selepas saling mengunjung­i kediaman masing-masing. Mereka dikatakan berkenalan selepas bertemu pada majlis makan malam seorang rakan.

Phillip seorang daripada lima anak Fayez yang juga pewaris kepada kekayaan keluarga Sarofim, pengurus dana kepada keluarga Dreyfus serta pemegang asal saham Kinder Morgan selain pemilik bersama pasukan NFL iaitu Houston Texans.

Sewaktu keluar bersama bulan lalu, penyanyi lagu Complicate­d itu tampil ringkas dengan gaun merah manakala kekasihnya mengenakan seluar biru dan baju-T Polo putih.

Pada pertemuan itu, pasangan berkenaan sempat singgah di sebuah kedai kopi dan berpeganga­n tangan selepas membeli barangan di Jaydes Market, Beverly Glen Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Phillip pernah berkahwin dengan usahawan yang dikenali sebagai Lori Krohn. Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan bila mereka berpisah secara rasmi.

Lebih mengejutka­n, jutawan itu kemudian berkahwin pula dengan ibu Lori, Susan Krohn yang juga bekas isteri kepada jutawan Tracy Krohn pada Disember 2014.

Avril pula sebelum ini pernah berkahwin dua kali iaitu pada 2006 hingga 2010 dengan penyanyi Sum 41, Deryck Whibley.

Pada 2013, dia berkahwin dengan Chad Kroeger namun hanya bertahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Avril memutuskan untuk berehat selepas bertarung dengan penyakit lyme.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia