Harian Metro

Menitik air mata darah

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 Detik pilu Adam disahkan menghidap kanser mata tahap empat

Derita kesakitan ditanggung kanak-kanak, Muhammad Adam Shahputra Zaidi, lapan tahun, sukar dibayangka­n apabila darah akan menitik keluar dari bengkak di mata kirinya saban hari.

Ibu bapanya, Rohayu Sulaiman, 39, dan Zaidi Shabudin, 45, dilihat sebak sambil menadah darah yang tidak berhenti keluar menggunaka­n kain serta lampin pakai buang.

Itu antara detik memilukan dialami anak kelima daripada enam beradik yang disahkan menghidap kanser mata tahap empat sejak September tahun lalu.

Zaidi yang ditemui wartawan semalam berkata, darah akan keluar dari mata kiri Adam jika anaknya itu menangis dan berada dalam keadaan tertekan.

“Bila sebut mahu bawa dia ke hospital, Adam akan rasa tekanan dan sedih. Dia akan menangis dan darah akan mengalir keluar daripada bonjolan daging di mata itu itu.

“Kami terpaksa memberikan dia minuman produk makanan tambahan berasaskan cendawan Lingzhi bagi menghentik­an darah itu daripada terus keluar,” katanya ketika menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar di rumahnya di Pangsapuri Sri Cempaka, Bukit Sentosa, semalam.

Rohayu berkata, emosi Adam dilihat mudah terusik setiap kali mereka mahu membawanya ke hospital.

Menurutnya, Adam pernah menjalani pembedahan mata Disember tahun lalu, namun dia seakan tidak dapat menerima mata kirinya sudah tiada.

“Adam pernah tanya kenapa matanya dibuang sedangkan dia masih boleh nampak lagi.

“Itu soalan yang kami tidak tahu untuk menjawabny­a hingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, Adam sebelum ini sering mengadu sakit kepala sejak berusia enam tahun dan sering terlanggar sesuatu ketika berjalan.

“Doktor sahkan Adam mengidap kanser mata tahap empat dan terpaksa menjalani pembedahan membuang mata kiri pada Disember 2017,” katanya.

Sementara itu, Harumaini berkata, keluarga terbabit disenarai sebagai asnaf dan menerima bantuan bulanan RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) termasuk barangan keperluan harian.

Katanya, Zaidi hanya bekerja sebagai tukang kebun di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa dengan pendapatan RM1,000 sebulan, sementara Rohayu mengambil upah sebagai pengasuh kanak-kanak di rumahnya.

“Saya menyaranka­n Adam segera dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan susulan. Jika bapanya sanggup mengambil cuti untuk menjaga Adam sepanjang tempoh rawatan selama empat bulan, saya sedia tampung perbelanja­an RM500 sebulan untuk keperluan keluarga ini,” katanya.

Harumaini turut menghadiah­kan televisyen baru untuk Adam bagi menggantik­an televisyen lama yang sudah rosak.

Orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­nnya melalui akaun Bank Islam bernombor 1220702024­3872 atas nama Zaidi Shabudin.

 ??  ?? ZAIDI menadah darah yang keluar daripada bonjolan mata kiri Adam menggunaka­n lampin pakai buang.
ZAIDI menadah darah yang keluar daripada bonjolan mata kiri Adam menggunaka­n lampin pakai buang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia