Harian Metro

Bertahan setahun lagi

-

Kuching: Mengikut perkiraan doktor kanak-kanak ini hanya mampu bertahan hingga umurnya mencecah lima tahun.

Kini, Mira Syarmiela Saufie, sudah berusia empat tahun dan jika ramalan doktor itu menjadi sandaran, bermakna kanak-kanak comel yang mengidap penyakit denyutan jantung dan nadi tidak sekata myocarditi­s arrhythmia itu mampu hidup setahun lagi.

Bapanya, Saufie Mornie, 33, berkata, doktor memaklumka­n berdasarka­n rekod perubatan hanya seorang daripada 100 penghidap penyakit itu mampu pulih hingga dewasa.

“Mendengar penjelasan doktor, saya hanya mampu berserah dan menerima apa saja yang bakal berlaku.

“Namun, pada masa sama, saya terus berharap agar anak saya ini menjadi antara seorang daripada mereka yang terselamat dari penyakit ini,” katanya.

Saufie yang bertugas sebagai pengawal keselamata­n di sebuah kilang di Demak itu berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu mula dikesan mengidap penyakit berkenaan sejak berusia setahun tujuh bulan.

“Sebelum diserang penyakit itu, anak saya ini sudah pandai berjalan dan bercakap. Dia cukup ceria dan amat aktif ketika itu.

“Namun, ketika usianya setahun tujuh bulan, anak saya ini tiba-tiba pengsan dan koma selama dua bulan,” katanya yang kini tinggal di rumah keluargany­a di Kampung Tupong Hulu, Petra Jaya.

Saufie berkata, sebaik sedar daripada koma, doktor memaklumka­n penyakit yang dihidapi anaknya itu dan peluang untuknya hidup hingga dewasa amat tipis.

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, Mawar Mut, 27, pula berkata, ketika koma lidah anaknya yang mesra disapa Mila itu terputus selepas digigitnya sendiri.

“Sebab itu doktor mencabut empat batang gigi bahagian bawah kerana bimbang dia terus menggigit lidahnya sendiri,” katanya.

 ??  ?? MIRA Syarmiela menghidap penyakit degupan jantung dan nadi tidak sekata.
MIRA Syarmiela menghidap penyakit degupan jantung dan nadi tidak sekata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia